KAMI Amat Perlahan - Fabio Quartararo

Tempat ke-4 yang diraih Fabio Quartararo di Grand Prix (GP) Jerman 2025 sebagai pelumba bukan Ducati terbaik jelas belum dapat menggembirakannya

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/14/20251 min read

Fabio Quartararo
Fabio Quartararo

PELUMBA Monster Yamaha, Fabio Quartararo menamatkan Grand Prix (GP) Jerman 2025 sebagai pelumba bukan Ducati terbaik di kedudukan ke-4 tetapi keputusan itu jelas belum berjaya menggembirakannya.

Memulakan perlumbaan di petak ke-6, juara dunia MotoGP 2021 itu tergelincir ke kedudukan ke-9 di awal perlumbaan dan bergelut untuk memintas pelumba di depannya.

Selepas menghabiskan banyak masa di tempat ke-7, pelumba kelahiran Perancis itu memperoleh manfaat daripada kemalangan yang menimpa dua tiga pelumba - Fabio di Giannantonio, Johann Zarco dan Marco Bezzecchi untuk melepasi garisan penamat di tempat ke-4.

Ia adalah keputusan terbaiknya pada perlumbaan utama selepas Jerez pada musim ini tetapi ia jelas belum memuaskan hati Quartararo apabila dia menamatkan perlumbaan 18.738 saat (s) di belakang pemenang, Marc Marquez.

"Saya tidak gembira kerana kami amat perlahan," kata Quartararo kepada TNT Sports. "Perasaan dengan jentera tidak begitu hebat. Kami menamatkan perlumbaan lebih daripada 18 saat dengan pemenang, yang jelas bukan sasaran kami, tetapi kami juga menamatkan perlumbaan 10 saat daripada Pecco (Bagnaia).

"Kami perlahan, dan kami perlu memahami mengapa kami bergelut sebanyak itu ketika perlumbaan."

Sachsenring sebelum ini menjadi venue yang digemari Quartararo termasuk memenanginya pada musim 2022.

Dalam pada itu, Quartararo mengakui sukar untuk 'gembira' dengan prestasi yang ditampilkan ketika kelayakan yang menyaksikannya berjaya meraih empat kedudukan petak utama pada musim ini.

"Bagus untuk mendapatkan petak kerana ia membantu ketika perlumbaan. Tetapi saya lebih gemar tidak bermula daripada petak utama kerana pada akhirnya, kami mempunyai kosong potensi pada perlumbaan. Tahap cengkaman amat rendah.

"Ia memberikan kamu hadapan. Tetapi pada akhirnya, kamu tidak akan berada di depan. Hebat untuk mendapatkan petak utama, ada kegembiraan dalam pasukan. Tetapi kami gembira untuk menyedari yang kami akan benar-benar bergelut untuk mengekalkan posisi itu."