KAPCAI 'Rahmah' Aveta DY115 (2025) Kini Di Pasaran, Harga Mula RM 3.9k!
TERKINI
3/22/20251 min read


SYARIKAT pengeluar motosikal tempatan, Aveta Motorcycle meningkatkan penawarannya dalam segmen 'kapcai' mampu milik atau 'rahmah' dengan memperkenalkan Aveta DY115 (2025).
Dua varian diperkenalkan iaitu Standard dan Special Edition (SE).
Pilihan warna dan harga adalah seperti berikut:
Aveta DY115 Standard
Warna: Black
Harga: RM 3,988
Aveta DY115 SE
Warna: Light Blue
Harga: RM 4,088
Mengulas sudut rekaan, Aveta DY115 (2025) tampak agak mirip rekaan model legenda daripada jenama negara Jepun tetapi mendapat sentuhan moden.
Perbezaan varian Standard dan SE adalah seperti berikut:
Brek depan
Standard: Dram
SE: Cakera
Panel meter
Standard: Analog
SE: Digital LCD
Rim
Standard: Enam Jejari
SE: 12 Jejari
Di bahagian trenkuasa, Aveta DY115 (2025) dipadankan dengan enjin bersesaran 113.3 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Karburetor bersama transmisi 4 kelajuan.
Kuasa yang dihasilkan adalah sebesar 8.7 Hp @ 8,000 rpm dan tork 9 Nm @ 5,500 rpm.
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional di depan dan penyerap hentak berkembar belakang.
Info lain adalah seperti berikut:
Sistem penghidup menggunakan elektrik dan penendang kaki
Berat 91 kg
Kapasiti tangki minyak 4.2 liter
Pengecas USB Type-A dan Type-C
Seperti biasa, harga yang diumumkan tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans.
Setiap pembelian datang dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (mana satu tiba dulu).












