KAWASAKI All Star Kuching Dirasmikan, Pusat 4S Ketiga Kawasaki Di Malaysia!

TERKINI

1/21/20241 min read

KAWASAKI Malaysia terus melebarkan sayapnya menerusi perasmian Kawasaki All Star Kuching, Sawarak yang juga pusat 4S ketiga jenama Jepun itu di Malaysia.

Edaran Modenas Sdn Bhd (Emos) yang juga pengedar rasmi dan eksklusif jenama Kawasaki dan Modenas di Malaysia berkata Kawasaki All Star Kuching diuruskan oleh Ghee Hua Co Sdn Bhd.

Dan seperti Kawasaki All Star yang lain, Kawasaki All Star Kuching menawarkan segala model-model yang ditawarkan Kawasaki dan Modenas di pasaran tempatan.

Perasmian Kawasaki All Star Kuching disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan, Pengarah Kawasaki Kuching dan Kumpulan Ghee Hua, Law Kin Hin.

Ia turut disaksikan oleh Menterui Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abd Karim Rahman Hamzah dan Ketua Pegawai Pemasaran Modenas, Yusaku Kashiwagi.

Turut berlangsung sempena pembukaan Kawasaki All Star Kuching adalah pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran motosikal, kebudayaan dan dihadiri lebih daripada 700 pengunjung.

Sebagai info, Kumpulan Ghee Hua memulakan aktiviiti penjualan motosikal pada 1970 dan syarikat itu sudah menjalin kerjasama dengan Modenas sejak tahun 2000 dan Kawasaki pada 2021.

Menurut Emos, pembukaan Kawasaki All Star Kuching akan meningkatkan jualan motosikal dan skuter kedua-dua jenama Kawasaki dan Modenas di Timur Malaysia khususnya Sarawak.

Sebagai info, Emos merancang untuk membuka 10 Pusat 4S Kawasaki pada tahun ini selain 5 berstatus All Star.

Mendapat inspirasi daripada Kawasaki Plaza di Jepun, selain pusat jualan dan servis, Kawasaki All Star mengetengahkan pengalaman kepada pelanggan menerusi kawasan pameran produk yang menarik.