KAWASAKI All Star Setapak Dirasmikan, Pusat Sehenti Lengkap 'All Star' Ke-2 Kawasaki Di Malaysia

PELANCARAN

11/18/20231 min read

KAWASAKI Malaysia menerusi Edaran Modenas Sdn Bhd (Emos) terus mengembangkan rangkaian jualan dan perkhidmatannya dengan melancarkan Kawasaki All Star Setapak, hari ini.

Sebagai info, Kawasaki All Star adalah pusat sehenti lengkap 4S yang bukan saja menempatkan bilik pameran, malah merangkumi pusat jualan, alat ganti, servis termasuk aksesori dan kelengkapan penunggang tulen Kawasaki.

Dan untuk Kawasaki All Star Setapak, ia adalah pusat sehenti lengkap 'All Star' kedua di Malaysia selepas Shah Alam.

Ia dikendalikan oleh Eang Chun Motor Sdn Bhd dengan lokasi dan alamatnya adalah seperti berikut:

Eang Chun Motor, No. 3-5 Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

Hadir melancarkan Kawasaki All Star Setapak adalah Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan, Ketua Pegawai Pemasaran Modenas, Yusaku Kashiwagi.

Selain pelancaran Kawasaki All Star Setapak, turut berlangsung adalah majlis penganugerahan penarafan lima bintang Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) kepada 13 model Kawasaki/Modenas.

Kepada yang tak tahu, MyMAP adalah penarafan yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kepada motosikal di Malaysia.

Roslan ketika pelancaran berkata pembukaan Kawasaki All Star Setapak membuktikan kesungguhan Kawasaki Malaysia menerusi Emos untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelannggannya.

Turut berlangsung adalah majlis penyerahan Kawasaki Z900 RS (2023) kepada pemilik baharunya iaitu Pengarah Urusan AEON Credit Service (M) Berhad, Daisuke Maeda.

Bagi memeriahkan lagi majlis pembukaan Kawasaki All Star Setapak, turut berlangsung beberapa acara menarik antaranya pertunjukkan lagak ngeri, pertunjukkan keselamatan daripada Miros dan sesi tunggang uji model-model terpilih Modenas/ Kawasaki Malaysia.