KAWASAKI 'Hidupkan' Kembali Kawasaki Z1100, Z1100 SE , Segmen 'Super Naked' Kembali Panas!
Kawasaki Z1100 adalah model yang menggantikan model Z1000 yang dihentikan pengeluarannya beberapa tahun lalu dan penampilan dan reka bentuknya kekal agresif dengan gaya ‘Sugomi’ yang menjadi identiti utama Kawasaki
TERKINI
9/26/20251 min read


SYARIKAT pengeluar motosikal Jepun, Kawasaki kembali menghangatkan segmen 'Naked' motosikal berkuasa tinggi dengan pengenalan semula model ikoniknya Kawasaki Z1100 dan Z1100 SE (2026) yang dijadual membuat debut globalnya pada bulan depan.
Seperti diketahui, model yang tampil dengan reka bentuk agresif ‘Sugomi’ yang menjadi identiti utama Kawasaki pernah dihentikan pengeluarannya pada 2020.
Dan seskipun penampilannya hampir sama seperti lima tahun lalu, beberapa perubahan ketara dapat dilihat terutama pada peredam ekzos baharu yang lebih kemas dan moden.
Dari segi mekanikal, seperti namanya, Kawasaki Z1100 menerima kemas kini menyeluruh dengan kedua-dua model berkongsi enjin empat silinder 1,099 cc yang patuh piawaian emisi Euro5+.
Antara kemas kini 'dalaman' yang dibuat termasuk piston, spring injap dan camshaft baharu, selain transmisi enam kelajuan dengan sistem slip/assist yang dipertingkatkan.
Ia menghasilkan kuasa maksimum 132.2 Hp pada 9,000 rpm dan tork 83 112.5 Nm pada 7,600 rpm.
Ciri elektronik turut dipertingkatkan dengan pelbagai ciri menarik menerusi sistem Unit Pengukuran Inersia (IMU) yang menjadikan tunggangan lebih selamat dan responsif.
Ciri elektronik turut diperkasa dengan dengan ia kini menggunakan Ride By Wire terotel, ada Kawalan Jelajah, Quickshifter, ABS terbaharu dengan 'lean-sensitive ', Kawalan Cengkaman dan menariknya datang secara standard.
Panel meter juga mengunakan meter TFT lima inci berwarna penuh dengan sokongan Bluetooth .
Seperti siri Kawasaki lain, menambah pilihan kepada peminat, Kawasaki turut memperkenalkan varian Z1100 SE yang lebih eksklusif, dilengkapi penyerap hentak Ohlins S46 dengan sistem brek Brembo selain kemasan keemasan pada fork dan rim.
Tetapi dengan berat mencecah 221 kg, ia menjadikan Kawasaki Z1100 (2026) antara model super naked paling berat dalam kelasnya.
Harga jualan di UK ditetapkan pada £ 11,099 untuk model standard dan £ 12,699 bagi versi SE.
Meskipun pelancaran rasmi bermula di UK, dokumen pensijilan dari Eropah dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa Kawasaki Z1100 akan ditawarkan secara global.






