KAWASAKI Malaysia Kemas Kini KX250, KX250X (2024), Harga RM 35k, RM 35.5k!

TERKINI

10/31/20231 min read

SELEPAS membuat penampilan pertamanya Mei lalu di acara Malaysia Autoshow 2023, dua model 'off-road' tulen Kawasaki KX250 dan KX250X mendapat kemas kini terbaharu bagi model 2024.

Bagi Kawasaki KX250 (2024), motosikal yang lebih terarah kepada kegunaan Motocross (MX) ini diumumkan pada harga RM 35,000 (asas).

Manakala untuk Kawasaki KX250X (2024), model yang dihasilkan untuk kegunaan 'Cross-country' ini dijual pada harga RM 35,500 (asas).

Dan pilihan warna dan corak grafik cukup ringkas untuk model terbaharu ini adalah 'Lime Green'.

Untuk Kawasaki KX250X (2024) pelindung radiator tampil dengan corak grafik yang baharu manakala warna pelindung suspensi hadapan juga berubah.

Jika melihat secara pandangan 'kasar', Kawasaki KX250 dan KX250X nampak cukup sama tetapi sebenarnya ia berbeza terutama dari sudut jarak 'travel' suspensi, kelegaan bumi, ketinggian pelana malah set roda yang digunakan juga berbeza.

Mengulas ringkas trenkuasa, kedua-dua model menggunakan enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual dan berupaya menghasilkan kuasa sekitar 40 Hp.

Kepada yang berminat, anda boleh melayari laman web Kawasaki Malaysia di http://www.kawasaki.com.my/home atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135.

Kawasaki KX 250X (2024)

Kawasaki KX 250 (2024)