KAWASAKI Malaysia Umum Harga Rasmi Ninja ZX-4R/RR (2026), Sah Guna Lencana Modenas!
Perkembangan menarik itu diumumkan sendiri Kawasaki Malaysia menerusi laman sosial rasminya dengan harga asas bermula RM 40,999 (asas) bagi Modenas Ninja ZX-4R dan RM 42,999 bagi Modenas Ninja ZX-4RR (2026)
TERKINI
1/3/20261 min read
TIADA angin, tiada ribut, peminat motosikal 'Sportbike' tanah air dikejutkan dengan pengumuman harga rasmi dua model baharu dari Kawasaki Malaysia, Ninja ZX-4R dan Ninja ZX-4RR (2026) yang sah menggunakan lencana Modenas.
Perkembangan menarik itu diumumkan sendiri Kawasaki Malaysia menerusi laman sosial rasminya dengan harga asas bermula RM 40,999 (asas) bagi Modenas Ninja ZX-4R dan RM 42,999 bagi Modenas Ninja ZX-4RR (2026).
Seperti biasa, harga yang diumumkan tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans.
Untuk rekod, Modenas Ninja ZX-4R/RR dikuasakan enjin 399 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa boleh dikerah sehingga 79.1 Hp pada 14,500 rpm dengan bantuan sistem Ram-Air Intake.
Tork pula berada pada angka 39.1 Nm pada 13,000 rpm.
Dengan rev limit yang tinggi, ia menjadikan Modenas Ninja ZX-4R/RR antara sportbike 400 cc paling berkuasa di pasaran.
Info lain:
Kerangka Trellis keluli tegangan tinggi
Berat 188–189 kg (bergantung varian)
Suspensi depan howa SFF-BP 37 mm, ciri pelarasan pra-beban
Suspensi belakang penyerap hentak tunggal Back-link dengan larasan penuh (ZX-4RR)
Brek cakera berkembar 290 mm (depan) dengan kaliper radial monobloc 4 Piston, cakera tunggal 220 mm belakang, ABS 2 saluran
Tangki bahan api 15 liter
Tayar depan 120/70-17, 60/60-17 (belakang)
Quick Shifter Standard pada ZX-4RR
Mod tunggangan & kawalan cengkaman
Lampu LED penuh
Pilihan warna yang ditawarkan adalah Metallic Moondusty Gray/Metallic Sprak Black untuk Modenas Ninja ZX-4R (2026) dan Lime Green-Ebony untuk Modenas Ninja ZX-4RR (2026).



