KAWASAKI Ninja 1100SX SE (2025) Kini Di Malaysia, RM 79k!

Satu lagi penawaran menarik daripada Kawasaki Malaysia dilancarkan untuk pasaran tempatan dalam segmen 'Sport touring' iaitu Kawasaki Ninja 1100SX SE (2025) yang hadir dengan pakej menarik

PELANCARAN

6/29/20251 min read

KAWASAKI Malaysia menerusi pengedar eksklusifnya, Edaran Modenas (EMOS) melancarkan penawaran terbaharu dalam segmen 'Sport touring', Kawasaki Ninja 1100SX SE (2025) bersama harga jualan menarik RM 79,000!

Hanya satu pilihan warna tersedia iaitu Emerald Blazed Green/Metallic Diablo Black.

Sekali pun tiada perubahan dari sudut rekaan, tetapi seperti namanya, Kawasaki Ninja 1100SX SE menerima peningkatan pada trenkuasa dan beberapa kemas kini menarik lain.

Dari sudut trenkuasa, ia kini dipadankan dengan enjin bersesaran 1,099 cc (sebelum ini 1043 cc), 4 Silinder Sebaris, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual.

Sekalipun angka kuasa yang dihamburkan sedikit menurun iaitu 134 Hp @ 9,000 rpm (sebelum ini 140 Hp) dan tork 112 Nm @ 7,600 rpm (sebelum ini 111 Hp), tetapi menurut Kawasaki, tork Kawasaki Ninja 1100SX SE lebih tinggi dan hadir lebih awal.

Ia sekali gus menjadikan pecutan lebih responsif pada rpm rendah hingga pertengahan dan menghadirkan tunggangan yang lebih menarik dalam segmennya.

Sebagai mode SE (Special Edition) pula, Kawasaki Ninja 1100SX SE hadir dengan pakej komponen premium yang menjadikannya antara motosikal paling mengujakan dalam segmennya:.

Sistem brek Brembo: Kaliper brek hadapan Brembo M4.32 monobloc dan hos keluli (steel-braided lines).

Suspensi belakang Ohlins: Penyerap hentak tunggal belakang Ohlins S46 yang berprestasi tinggi.

Selain itu, ia turut dipadankan dengan teknologi canngih iaitu:

  • Kawasaki Quick Shifter (KQS) yang dikemaskini

  • Electronic Cruise Control

Ada IMU 6-axis yang mengawal:

- KCMF (Kawasaki Cornering Management Function)

- KTRC (Kawasaki Traction Control)

- KIBS (Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System)

- Mod Tunggangan Bersepadu: Sport, Road, Rain, dan Rider

Info lain adalah seperti:

  • Panel meter TFT berwarna

  • Tinggi pelana 835 mm

  • Lega bumi 135 mm

  • Tangki bahan api 19 liter

  • Berat kering 213 kg

Sebagai info, pelancaran Kawasaki Ninja 1100SX SE (2025) berlangsung serentak dengan pembukaan rasmi Kawasaki Serdang, fasiliti 4S berkeluasan 20,000 kaki persegi yang menjadi pusat sehenti jualan, servis, alat ganti dan gaya hidup Kawasaki di Lembah Klang.