KAWASAKI Ninja H2 'Bajet', Harga Tak Sampai RM 1k!

TERKINI

1/23/20241 min read

KAWASAKI menyertai senarai pengeluar motosikal yang menjalin kerjasama dengan syarikat permainan terkemuka Denmark, Lego menerusi pengenalan kit Lego Kawasaki Ninja H2.

Sebelum ini, kerjasama membabitkan Lego dan syarikat pengeluar motosikal pernah menghasilkan kit Leogo Ducati Panigale V4, BMW M 1000 RR, Yamaha MT-10 dan Vespa 125.

Dihasilkan untuk kanak-kanak (10 tahun ke atas) dan orang dewasa, kit yang diposisi dalam segmen Lego Technic dengan skala 1/8 itu mengandungi 643 bahagian.

Sebagai info, kit Lego BMW M 1000 RR dan Yamaha MT-10 masing-masing memiliki hampir 2,000 dan 1,500 bahagian.

Apa yang menarik dan seperti model-model terhadulu, ia memiliki ciri-ciri seperti motosikal tulen seperti 'bar hendal' dan sistem suspensi yang berfungsi, kotak gear dua kelajuan, enjin 4 piston dan 'Supercharge'.

Meningkatkan lagi tahap 'kehenseman' kit Lego Kawasaki Ninja H2 adakah pelekat dan corak grafik mengikuti motosikal 'Hyperbike' itu di bahagian 'Fairing' dan 'Winglet'.

Kepada yang berminat, kit Lego Kawasaki Ninja H2 akan mula berada di pasaran termasuk Malaysia pada 1 Mac 202 dan dijual pada harga RM 379.

Dan menurut Lego Malaysia, akses awal untuk set ini bermula pada 1 Februari depan.