KAWASAKI Ninja H2 SX SE (2025) Debut Pasaran Malaysia, RM 129.4k!

PELANCARAN

5/12/20251 min read

SATU perkembangan menarik buat penggemar motosikal bergaya 'Sport touring' aras tinggi di pasaran tempatan apabila Kawasaki Malaysia, baru-baru ini melancarkan penawaran terbaharunya, Kawasaki Ninja H2 SX SE (2025).

Sebagai salah satu model 'Sport touring' paling canggih boleh didapati di pasaran ketika ini, ia datang dengan penawaran harga mengujakan, RM 129,400 (asas) tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Sebagai model edisi terhad, hanya satu pilihan warna ditawarkan iaitu Emerald Blazed Green/Metallic Diablo Black/Metallic Matte Graphenesteel Gray.

Trenkuasa dipacu enjin bersesaran 998 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Apa yang menarik, ia turut dipadankan dengan sistem Supercharger Kawasaki bagi menghasilkan pembakaran lebih efisen dan kuasa lebih tinggi.

Kuasa yang dihamburkan cukup luar biasa iaitu 197 Hp pada 11,000 rpm, dan dengan sistem Ram Air, kuasanya meningkat kepada 210 Hp pada 11,000 rpm. Angka tork pula 137.3 Nm pada 8,500 rpm.

Menggunakan kerangka jenis Trellis, rekaan Kawasaki Ninja H2 SX SE (2025) tampil dengan ciri aerodinamik yang lebih baik yang memberikan keselesaan untuk perjalanan jauh.

Dan dengan pelbagai teknologi terkini yang dipadankan, ia menjadikannya antara motosikal 'Sport-touring' paling canggih yang ada di pasaran ketika ini.

Ciri-ciri Elektronik & Bantuan Tunggangan adalah seperti berikut:

  • Suspensi Kawalan Elektronik Kawasaki (KECS) dengan teknologi Showa SkyhookSistem Pengurusan Cornering Kawasaki (KCMF)

  • Kawasaki Traction Control (KTRC)

  • Kawasaki Launch Control Mode (KLCM)

  • Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS)

  • Kawasaki Quick Shifter (KQS) (dua hala)

  • Cruise Control Elektronik

  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)

  • Vehicle Hold Assist (VHA)

  • Emergency Stop Signal (ESS)

Informasi lain adalah seperti berikut:

  • Sistem lampu LED penuh

  • Panel meter TFT berwarna 6.5 inci lengkap sambungan telefon pintar melalui aplikasi Rideology

  • Set roda 120/70-17 (depan), 190/55-17 (belakang)

  • Kapasiti tangki bahan api 18.9 liter

  • Tinggi palana 836 mm

  • Berat 262 kg

Di bahagian suspensi, Kawasaki Ninja H2 SX SE (2025) dipadankan dengan fork jenis terbaik 43 mm dengan KECS manakala suspensi belakang menggunakan penyerap hentak tunggal Showa BFRC Lite dengan KECS.

Sistem brek mengunakan cakera berkembar 320 mm dengan kaliper Brembo Stylema 4 Piston (depan) dan cakera tunggal 250 mm dengan kaliper 2 Piston bersama KIBS.

Jaminan pengeluar adalah selama 2 tahun tanpa jarak perbatuan.