KAWASAKI Versys 1100 (2025) Diperkenalkan, Lagi Berkuasa Tapi...

TERKINI

10/5/20241 min read

KAWASAKI memperkenalkan motosikal terbaharunya dalam aras tinggi segmen 'Adventure touring' jenama itu, Kawasaki Versys 1100 (2025) dan seperti namanya, tampil dengan beberapa pembaharuan.

Paling ketara pastinya di bahagian trenkuasa dengan Kawasaki Versys 1100 kini dipadankan dengan trenkuasa lebih bertenaga berbanding versi terdahulu bersesaran iaitu bersesaran 1,099 cc.

Sebagai info, Kawasaki Versys 1000 dipadankan dengan enjin 1,043 cc.

Dan trenkuasa 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC itu digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap 'Assist & Slipper'.

Menerusi peningkatan sesaran enjin, kuasa yang dihamburkan turut mengalami perubahan iaitu 135 Hp pada 9,000 rpm dan tork 112 Nm pada 7,600 rpm. Sebagai perbandingan, Kawasaki Versys 1000 menghasilkan kuasa 122 Hp dan tork 102 Nm.

Secara keseluruhan, tiga varian diperkenalkan diperkenalkan iaitu Kawasaki Versys 1100, Kawasaki Versys 1100 S dan Kawasaki Versys 1100 SE (2025).

Dan seperti namanya 'SE' atau Edisi Istimewa, Kawasaki Versys 1100 SE (2025) dilengkapi dengan pelbagai ciri elektronik canggih dan premium termasuk suspensi separa elektronik Showa Skyhook.

Suspensi belakang varian SE (mono) turut menggunakan suspensi elektronik BFRC daripada Showa lengkap dengan ciri pelarasan penuh.

Peningkatan lain adalah ia turut menggunakan kaliper radial Brembo 4 piston bersama cakera berkembar bersaiz 320 mm.

Seperti motosikal aras tinggi lain, Kawasaki Versys 1100 (2025) dipadankan dengan ciri elektronik canggih secara standard antaranya Kawalan Traksi (2 tetapan), 4 mod kuasa, Sistem Brek Anti-Kunci, Kawalan Wheelie dan Kawalan Gelongsor).

Ciri-ciri bantuan tunggangan elektronik menarik termasuklah sistem 'Quickshifter' dan Kawalan Jelajah atau 'Cruise control'.

Informasi lain adalah seperti berikut:

  • Set roda 120/70-17 (depan), 180/55-17 (belakang)

  • Lampu selekoh

  • Port pengecas USB-C

  • Sistem lampu LED penuh

  • Tangki bahan api 21 liter

  • Berat 259 kg (SE), 257 kg (S), 255 kg (Standard)

  • Tinggi pelana 840 mm

Sedikit mengecewakan, tiada perubahan ketara membabitkan reka bentuk Kawasaki Versys 1100 (2025) dan Kawasaki Versys 1000.