KEBANGKITAN Hakim Danish Di Misano
Pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi, Hakim Danish sepatutnya bermula dari petak ke-18, namun dikenakan penalti untuk turun ke petak ke-25 selepas didapati menunggang perlahan di beberapa sektor ketika sesi Kelayakan 1 (Q1)
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/12/20261 min read


KEBANGKITAN menarik ditampilkan pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli di Misano apabila berjaya melepasi garisan penamat perlumbaan Grand Prix (GP) San Marino di tempat ke-12 meskipun terpaksa perlumbaan dari petak ke-25.
Pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi itu sepatutnya bermula dari petak ke-18, namun turun ke petak ke-25 selepas dikenakan penalti selepas didapati menunggang perlahan di beberapa sektor ketika sesi Kelayakan 1 (Q1), semalam.
Begitupun, situasi itu tidak mematahkan semangat pelumba kelahiran Terengganu itu yang berjaya mempamerkan tunggangan bertenaga untuk memintas satu demi satu pelumba di depannya sebelum menamatkan 20 pusingan perlumbaan di kedudukan ke-12 dengan catatan masa 34 minit 05.048 saat (s).
Keputusan menyaksikan Hakim Danish terus konsisten dalam kelompok pungutan mata selepas mengutip empat mata berharga dalam saingan kejuaraan dunia Moto3.
Sementera itu, pendahulu carta Moto3, Maximo Quiles daripada CFMOTO Gaviota Aspar Team dinobatkan sebagai pemenang selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan 33'42.713s.
David Almansa daripada Liqui Moly Dynavolt Intact GP yang memulakan perlumbaan di petak utama terpaksa berpuas hati di tempat ke-2, ketinggalan hanya 0.021s di belakang Quiles.
Brian Uriarte daripada Red Bull KTM Ajo dalam pada itu melengkapkan podium dengan catatan 33'44.056s.
Prestasi di Misano menyaksikan Hakim Danish kekal di tangga ke-8 carta dengan mengumpul 94 mata dengan pusingan seterusnya dijadual berlangsung di GP Austria pada 20 September ini.

