KEBANGKITAN Yamaha? Layak 'Auto' Ke-Q2 GP Portugal 2024 'Legakan' Quartararo, Rins

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/22/20243 min read

YAMAHA mencipta sesuatu yang dianggap 'kejutan' apabila kedua-dua pelumbanya, Fabio Quartararo dan Alex Rins layak ke sesi Kelayakan 2 MotoGP GP Portugal 2024 di Portimao.

Keputusan positif itu diraih kedua-dua pelumba yang mengharungi sesi kelayakan 'penuh hiba' di Qatar sebelum ini yang menyaksikan Quartararo memulakan perlumbaan di petak ke-16 dan Rins ke-20.

Begitupun, catatan yang dilakukan kedua-duanya boleh dikatakan 'masih jauh' berbanding pelumba terpantas sesi ujian, semalam yang dilakukan oleh Enea Bastianini dari Ducati Lenovo.

Turut mengejutkan adalah pelumba KTM, Jack Miller yang melakukan catatan kedua terpantas diikuti 'Rookie' Ducati, Marc Marquez dari Gresini Ducati.

Jorge Martin (Pramac Ducati) terus menunjukkan dia memang antara pelumba patut diberi perhatian apabila merakam masa keempat terpantas dengan penyandang juara dunia, Francesco Bagnaia ke-8.

Quartararo yang melakukan catatan ke-9 terpantas dan ketika ini terbabit dalam spekulasi mengenai masa depannya bersama Yamaha mengakui perasaannya bagus di Portugal.

"Saya merasa agak bagus. Kami di Q2 dan ini agak positif. Kami mempunyai banyak perkara untuk diubah esok (hari ini), sama dengan pengeluar lain, tetapi saya fikir kami memperoleh sedikit margin untuk kami," kata Quartararo.

Rins dalam pada itu mengakui semakin yakin dengan jentera Yamaha M1 yang ditunggangnya sekalipun ia adalah spesfikasi yang sama ketika perlumbaan di Qatar.

"Jentera sama seperti di Qatar. Kami tidak mempunyai masa untuk mencuba perkara baru, tetapi sejak dari sesi pertama, saya merasa yakin dengan jentera," kata Rins.

"Litar ini agak berbeza dari Losail, dan saya berjaya untuk mengadaptasi dengan lebih pantas. Ketika Latihan, saya agak kompetitif dan saya berjaya menyusup ke Q2. Ia adalah pencapaian yang hebat bagi saya."

Antara pelumba tumpuan yang tidak melepasi adalah pelumba Aprilia, Aleix Espargaro dan 'rookie' MotoGP musim ini, Pedro Acosta.

Berikut catatan masa selesai sesi Jumaat di Portimao.

Sesi Latihan Bebas 2 (Penentu layak ke-Q2)

1. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), 1'38.057s

2. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +0.118s

3. Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +0.153s

4. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +0.231s

5. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +0.330s

6. Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +0.352s

7. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +0.354s

8. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +0.484s

9. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.495s

10. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.503s

11. Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +0.542s

12. Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +0.578s

13. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +0.752s

14. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +0.755s

15. Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +0.825s

16. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +0.905s

17. Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +0.991s

18. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23), +0.991s

19. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +1.062s

20. Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V) +1.090s

21. Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +1.103s

22. Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +1.724s

Sesi Latihan Bebas 1

1. Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), 1'40.484s

2. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +0.165s

3. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +0.205s

4. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +0.356s

5. Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +0.377s

6. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +0.422s

7. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.450s

8. Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +0.623s

9. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +0.635s

10. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +0.706s

11. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.758s

12. Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), ,+0.793s

13. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +0.805s

14. Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +1.047s

15. Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +1.122s

16. Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +1.188s

17. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23), +1.203s

18. Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +1.231s

19. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +1.244s

20. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +1.300s

21. Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +1.493s

22. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +1.598s

*Rookie