KEJAYAAN Gemilang Toprak Razgatlioglu Di Balaton Park
Pelumba Turki dan ROKiT BMW Motorrad, Toprak Razgatlioglu seperti berada di kelas tersendiri apabila menampilkan dominasi penuh di Balaton Park, Hungary
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/27/20253 min read


TOPRAK Razgatlioglu terus 'mengganas' apabila merangkul kemenangan hatrik WorldSBK ketiga berturut-turut selepas menampilkan dominasi penuh di Balaton Park, Hungary yang juga destinasi Pusingan 8 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), hari ini.
Selepas menjuarai Perlumbaan 1, semalam, pelumba pasukan ROKiT BMW Motorrad itu meneruskan kecemerlangan apabila menjuarai Perlumbaan Superpole sebelum melengkapkan kemenangan ketiga dengan menjuarai Perlumbaan 2.
Lebih membanggakan, kemenangan dalam Perlumbaan Superpole turut meletakkan nama pelumba kelahiran Turki itu dalam buku sejarah WSBK sebagai pelumba yang memenangi perlumbaan ke-1000 WSBK.
APa yang menarik, Razgatlioglu adalah pelumba yang memenangi perlumbaan ke-800 dan ke-900 kejuaraan itu.
Sekali pun memulakan perlumbaan di petak utama, kesilapan yang dilakukan Razgatlioglu pada perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan litar separa basah menyaksikannya jatuh ke kedudukan keempat pada satu ketika.
Tetapi sejurus dia kembali mendapatkan rentaknya, penyandang juara dunia WorldSBK itu mampu melakukan catatan sepusingan lebih pantas dan kemudian memintas Lowes untuk bergelar pemenang yang turut menyaksikan pencabar terdekatnya, Nicolo Bulega terjatuh.
Pelumba Britain, Sam Lowes yang pada satu ketika memimpin perlumbaan meraih tempat kedua manakala pelumba Itali, Alvaro Bautista ketiga.
Pada Perlumbaan 2, pengambilan selekoh pertama kurang sempurna menyaksikan Razgatlioglu terlepas kedudukan pendahulu kepada Bautista tetapi situasi itu tidak lama selepas ia kembali dirampas empat selekoh kemudian.
Lebih malang buat Bautista, dia kemudian terjatuh ketika berada di kedudukan keempat.
Ketika itu, Razgatlioglu tampak seperti sudah tidak mampu dicabar dan menamatkan perlumbaan dengan jurang cukup besar, 10.317 saat di depan pelumba tempat kedua, Bulega.
Sam Lowes melengkapkan kedudukan podium.
Dalam pada itu, pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi dari pasukan PETRONAS MIE Racing Honda menamatkan kedua-dua perlumbaan di kedudukan ke-17.
Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK WSBK Hungary 2025
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, 34m 57.486s
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +10.317s
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +13.154s
Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +18.297s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +18.752s
Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +28.052s
Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +29.220s
Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +30.337s
Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +30.692s
Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +33.714s
Tarran Mackenzie (GBR) MGM Bonovo, Ducati Panigale V4 R, +35.239s
Jonathan Rea (GBR) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +38.979s
Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +39.289s
Michael Ruben Rinaldi (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +55.514s
Tito Rabat (ESP) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +55.659s
Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +1:17.954s
Zaqhwan Zaidi (MAS) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +1:26.535s
Keputusan Perlumbaan Superpole WorldSBK WSBK Hungary 2025
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, 17m 16.376s
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +2.810s
Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +7.251s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +10.216s
Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +10.509s
Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +12.295s
Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +17.005s
Tarran Mackenzie (GBR) MGM Bonovo, Ducati Panigale V4 R, +17.065s
Jonathan Rea (GBR) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +18.241s
Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +20.192s
Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +24.264s
Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +25.144s
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +26.920s
Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +27.193s
Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +30.438s
Michael Ruben Rinaldi (ITA) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +44.776s
Zaqhwan Zaidi (MAS) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, +56.587s
Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, DNF
Tito Rabat (ESP) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, DNF
