KEJAYAAN Rali Dakar Bukti KTM Perlu Teruskan Program Sukan Permotoran

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

1/27/20251 min read

KTM menjuarai gelaran di perlumbaan lasak berprestij, Rali Dakar 2025, baru-baru ini dan ia menjadi bukti yang program sukan permotoran penting buat pengeluar motosikal gergasi Austria itu.

Malah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu pengeluar itu, Gottfried Neumeister berkata program itu sebagai elemen penting terhadap perniagaan jenama itu dan akan kekal jika mempunyai 'dana' secukupnya.

"Memenangi kategori paling penting di Rali Dakar bukan saja petanda kepada kehidupan, tetapi bukti terang yang KTM boleh membina motosikal terbaik di dunia," kata Neumeister.

"Dan jika bank membenarkan kami untuk menyaksikan tahap ketiga ini (penstrukturan semula), kami akan boleh terus melakukannya pada masa depan."

KTM pada tahun lalu mengesahkan mereka akan meneruskan program MotoGP pada musim 2025 seperti dirancang di sebalik berdepan situasi kewangan yang meruncing.

Pengeluar itu sudah menghentikan beberapa program mereka sebagai pasukan 'kilang' dalam beberapa kejohanan dengan dua jenama, GASGAS dan Husqvarna turut 'lenyap' di Kejuaraan Motosikal Dunia.

KTM membariskan empat pelumba di MotoGP pada musim 2025 menerusi Pedro Acosta dan Brad Binder bersama pasukan 'kilang' dan Maverick Vinales dan Enea Bastianini bersaman Tech3.

Tetapi bukan Acosta dan Binder saja menunggang jentera berstatus 'kilang', tetapi keempat-empat pelumbanya.

Kedua-dua pasukan itu akan melancarkan pasukan baharu bagi kempen 2025 di Malaysia pada 30 Januari ini.