'KEMBAR' CFMoto 450SR, 450NK Buat Debut Global, Bakal Sampai Malaysia?

7/18/20231 min read

'SPORTBIKE' CFMoto 450SR secara rasmi memasuki pasaran Malaysia pada Mac tahun ini dan selepas beberapa bulan, 'kembarnya' dalam segmen 'Naked', CFMoto 450NK membuat penampilan, baru-baru ini.

Tetapi jangan teruja sangat, pelancaran itu berlaku di negara kelahirannya, China dan seperti biasa, bersama penawaran harga cukup menarik.

Harga yang diumumkan oleh CFMoto adalah 27,880 yuan atau sekitar RM17,680.

Pilihan warna pula tiga iaitu Biru, Hitam dan Putih.

Sebagai 'kembar' kepada CFMoto 450SR (2023), CFMoto 450NK (2023) berkongsi pelbagai ciri dan komponen termasuk di bahagian trenkuasa yang menjadikan ia sama mengujakan.

Di bahagian trenkuasa, CFMoto 450NK (2023) dipadankan dengan enjin bersesaran 449.3 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan Slipper Clutch.

Kuasa yang dihamburkan adalah 49.6 Hp pada 9,500 rpm dan tork 39 Nm pada 7,600 rpm.

Menurut CFMoto, CFMoto 450NK (2023) yang turut datang dengan ciri Sistem Kawalan Traksi (TCS) mempunyai kelajuan tertinggi sekitar 180 kmj.

Informasi penting CFMoto 450NK (2023)

  • Tangki bahan api - 14 liter

  • Berat (Kerb) - 165kg

  • Ketinggian pelana - 785 mm, 795 mm, 815 mm

  • Set roda - 110/70-17 (depan), 150/60-17 (belakang) Rim Aloi

  • Casis - Keluli tubular

  • Swingarm - Aluminium

  • Suspensi - Fork jenis terbalik (USD) depan dan monoshock (belakang)

  • Brek - cakera tunggal 320 mm dengan kaliper J.Juan 4-piston(depan), cakera tunggal 220mm (belakang) lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

  • Lampu - LED penuh

  • Panel meter - 5 inci berwarna lengkap sambungan Bluetooth dan sistem navigasi

Untuk persoalan sama ada CFMoto 450NK (2023) akan memasuki pasaran Malaysia, mengikut jangkaan dan kelihat kepada tahap 'aktif' CFMoto Malaysia, penantian itu berkemungkinan tidak lama. Sama-sama kita tunggu.