'KEMBAR' Modenas ZX-25R SE, ZX-25RR (2024) Lancar Pada Februari Ini?

TERKINI

1/8/20241 min read

SEMUA tahu yang Modenas dijadual melancarkan 'kembar' kepada 'Sportbike' suku liter hangatnya, Modenas ZX-25R SE iaitu Modenas ZX-25RR pada tahun ini dan perkembangan terkini, pelancarannya dijangka tidak lama lagi.

Sebagai info, Modenas ZX-25R SE membuat debutnya pada September tahun lalu dan seperti dijangka, ia mendapat permintaan yang cukup tinggi hingga Modenas dikatakan 'tak cukup tangan' melayan tempahan.

Memetik laporan rakan media Motoqar, berdasarkan maklumat, versi yang dianggap lebih tinggi untuk Modenas ZX-25R SE iaitu Modenas ZX-25RR dijangka dilancarkan pada Februari ini.

Dan berdasarkan Motoqar, maklumat berkenaan diperoleh daripada sumber industri.

Tetapi jangan begitu teruja, berdasarkan maklumat juga, perbezaan diantara Modenas ZX-25R SE dan Modenas ZX-25RR di pasaran Malaysia tidak begitu besar dan dikatakan hanya membabitkan bahagian suspensi belakang.

Tidak seperti penyerap hentak tunggal 'Standard', ia bakal dipadankan dengan penyerap hental tunggal Showa Balance Free Rear Cushion (BFRC) boleh laras sama seperti digunakan pada Kawasaki ZX-25RR di pasaran jiran Indonesia.

Sedikit info mengenai Modenas ZX-25R SE, harga jualannya diumumkan pada angka RM 33,900 (asas) tak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Lime Green/Ebony dan Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony.

Mengulas trenkuasa, Modenas Ninja ZX-25R SE dipacu enjin bersesaran 249 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, DOHC, 4 Lejang, Penyejuk Cecair. Kuasa yang dihamburkan ialah 45 Hp pada 15,500 rpm dan tork 21 Nm pada 13,000 rpm.

Sebagai jentera paling 250 cc paling berprestasi di pasaran ketika ini, Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) turut dipadankan dengan teknologi canggih yang kebiasaan tidak dimiliki pencabar lain dalam kelasnya seperti Power mode, Assist & Slipper clutch, Quick shifter dan Kawasaki Traction Control (KTRC).