KEMENANGAN Di Mandalika 'Amat Bermakna' - Francesco Bagnaia

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/16/20231 min read

KEJAYAAN menjuarai Grand Prix (GP) Indonesia 2023 disifatkan jaguh Ducati, Francesco Bagnaia sebagai amat bermakna dengan kemenangan membenarkannya merampas kembali carta pendahulu MotoGP.

Selepas status pendahulu dirampas oleh pelumba satelit Ducati, Pramac Ducati, Jorge Martin pada Sabtu, Bagnaia seperti di ambang akan ditinggalkan lebih jauh kerana terpaksa bermula di petak ke-13.

Dan situasi itu tampak semakin jelas apabila Martin yang memulakan perlumbaan di petak ke-6 memimpin perlumbaan sebelum melakukan kesilapan dan terjatuh.

Bagnaia atau diberi julukan Pecco tidak mensia-siakan peluang berkenaan untuk mencabar kemenangan dan mula memimpin perlumbaan ketika saingan berbaki beberapa pusingan.

Sekalipun dicabar hebat pelumba Aprilia, Maverick Vinales dan jaguh Yamaha, Fabio Quartararo di penghujung perlumbaan, Bagnaia membuktikan kemampuan dimiliknya dan kembali merasai nikmat kemenangan yang kali terakhir diraih di GP Austria.

Ketika ditanya sama ada kembali meraih kemenangan atau merampas takhta kejuaraan lebih penting, Bagnaia berkata kedua-duanya amat bermakna untuknya.

"Untuk saya, kemenangan ini amat bermakna," kata penyandang juara dunia MotoGP itu. "Kami merindui perasaan ini jadi untuk mendapat kembali prestasi ini sekali lagi amat penting.

"Sejurus di mana Jorge terkeluar, adalah penting untuk kami mengutip sebanyak mata yang boleh. Dan kami melakukannya. Sejak dari Barcelona ia tidak mudah dan sejujurnya kemenangan ini memberi banyak motivasi."

Bagnaia berkata dia turut merasa sakit hati terutama selepas mengharungi sesi kelayakan dan Perlumbaan Sprint yang dianggap buruk.

"Saya banyak bergelut untuk memintas pelumba lain. Kelajuan saya tidak begitu teruk tetapi saya tidak mempunyai peluang langsung untuk memintas rakan sepasukan saya.

"Tetapi hari ini, kami meningkat dengan banyak. Ketika sesi pemanas badan, saya merasa lebih baik dan ketika perlumbaan, saya cuba melakukan semaksimum ketika permulaan.