KEMPEN Keselamatan Jalan Raya 2025 Suzuki Malaysia Meriah, Penuh Pengisian Bermanfaat!

TERKINI

1/14/20251 min read

SUZUKI Malaysia dengan tema 'Kongsi Jalanraya, Tunggang Berhemah' menganjurkan edisi kedua Kempen Keselamatan Jalan Raya AMI-Suzuki 2025 yang berlangsung di Dataran Ilmu, Stadium Selayang, hari ini.

Berlangsung penuh meriah, kempen kali ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) serta Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA).

Meskipun ia adalah penganjuran kali kedua oleh Suzuki Malaysia, ia adalah penganjuran kempen keselamatan kali ke-8 oleh AFY Mobility Industries (AMI) dengan pelbagai pengisian bermanfaat dijalankan bermula dari 9 pagi hingga 5 petang.

Seperti edisi terdahulu, kempen dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan penunggang motosikal, pemandu kenderaan dan masyarakat.

Antara aktiviti dan pengisian program adalah seperti berikut:

  • Pemeriksaan motosikal percuma (16 titik utama oleh mekanik bertauliah Suzuki Malaysia).

  • Penukaran 400 unit topi keledar baharu kepada penunggang motosikal.

  • Pemberian topi keledar kanak-kanak sebagai simbolik langkah perlindungan pembonceng muda.

  • Pameran motosikal dan aksesori.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.

Hasbi dalam ucapannya mengulangi komitmen kerajaan melalui agensi keselamatan dan penguatkuasaan di bawah MoT dalam usaha menangani cabaran dan meningkatkan keselamatan jalan raya untuk semua pengguna.

Pengarah Urusan Kumpulan Suzuki Malaysia, Datuk Jeffrey Lim menekankan komitmen Suzuki Malaysia untuk terus menyokong inisiatif keselamatan jalan raya terutama penunggang motosikal demi kesejahteraan masyarakat.