KEMPEN Mengecewakan Buat Danial Syahmi, Hakim Danish Di JrGP, ETC Catalunya, Siap Dapat Pakej Kecederaan
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/17/20231 min read
SATU lagi pusingan yang boleh digambarkan sebagai mengecewakan diharungi dua pelumba muda negara, Danial Syahmi Shahril dan Hakim Danish Ramli di pentas JrGP dan ETC, semalam di Catalunya, Bacelona, Sepanyol.
Beraksi dalam dua perlumbaan, Danial Syahmi yang dikenakan penalti (mulakan petak ke-24) pada Perlumbaan 1 menamatkan saingan di tangga ke-15.
Tetapi kebangkitan yang diharapkan pada Perlumbaan 2 tak menjadi kenyataan apabila dia terjatuh selepas didakwa ditolak ketika sedang bersaing bagi mendapatkan podium pada dua pusingan terakhir.
Susulan kemalangan itu, Danial Syahmi mengalami kecederaan di bahagian jari.
“Pada Perlumbaan 1 saya bermula di petak ke-24 akibat penalti dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15. Mata yang amat bermakna buat saya dalam perlumbaan ini.
"Dalam Perlumbaan 2 saya bersaing dan berjaya berada di kelompok hadapan. Saya cuba untuk mendapatkan podium namun berbaki 2 lap terakhir saya ditolak dan terjatuh. Saya tidak dapat menghabiskan perlumbaan. Saya mengalami kecederaan di jari dan saya harap dapat sembuh secepat mungkin untuk kembali berlumba semula.”
Sementara itu, situasi tak diingini turut berlaku kepada Hakim Danish di perlumbaan European Talent Cup selepas melakukan kesilapan di awal perlumbaan dan dikenakan penalti.
“Saya tamatkan perlumbaan hari ini di posisi ke-17. Pada permulaan saya membuat “jump start” dan dikenakan dua “long lap penalty”.
"Keputusan yang tidak bagus, saya akan terus bekerja keras untuk next race di Aragon nanti."
Keputusan dan kedudukan keseluruhan berakhir JrGP/ETC di Catalunya
Junior GP
Danial Syahmi (Asia Talent Team)
Perlumbaan 1 - p15
Perlumbaan 2 - Tak Habiskan Perlumbaan
Kedudukan keseluruhan - p20 (19 mata)
European Talent Cup
Hakim Danish (Monlau Motul)
Perlumbaan - p17
Kedudukan keseluruhan - p17 (24 mata)