KESILAPAN Jadi Punca Damok Gagal Menyerlah Kelayakan Moto3 GP Indonesia 2023

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/14/20231 min read

PELUMBA Moto3 negara, Syarifuddin Azman mengakui kecewa dengan keputusan yang diraih ketika sesi kelayakan Grand Prix (GP) Indonesia di Mandalika, Indonesia, hari ini.

Apa tidaknya, ketika rakan sepasukannya di MT Helmets - Msi, Diogo Moreira melakar sejarah meraih petak utama pertamanya musim ini, Damok mencipta catatan masa kedudukan kedua tercorot sesi kelayakan di tangga ke-28.

Menurut Damok, dia melakukan kesilapan ketika sesi berkenaan yang sekaligus membuatkannya tak berjaya mencatatkan masa terbaik namun tidak memberi perincian apakah kesilapan berkenaan.

“Saya kecewa dengan keputusan saya pada hari ini," kata Damok dalam kenyataan dikeluarkan ZK Racing. "Pada sesi kelayakan sebentar tadi, saya membuat kesilapan yang menyebabkan saya tidak berjaya membuat catatan masa yang baik.

"Saya perlu lebih fokus untuk perlumbaan esok dan saya berterima kasih kepada pasukan yang berkerja keras pada minggu ini.

"Saya perlu berikan 100 peratys untuk perlumbaan esok dan menamatkan perlumbaan di kedudukan yang baik.”

Sebagai info, Moreira dari Brazil ketika ini menghuni tangga ke-7 keseluruhan kategori Moto3 selepas mengutip 103 mata daripada 14 pusingan perlumbaan dengan keputusan terbaik adalah podium di Portugal dan Argentina.

Damok dalam poda itu menghuni tangga ke-25 keseluruhan selepas mengumpul 5 mata yang diperoleh ketika GP Argentina, April lalu.

Mengiringi Moreira di barisan depan di Mandalika, esok adalah pendahulu kejuaraan, Jaume Masia (Leopard Racing-Honda) dan pelumba Rookie, David Alonso (Gaviota GASGAS Aspar Team).