KEYAKINAN Toprak Razgatlioglu Terus Melonjak
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/9/20241 min read


TOPRAK Razgatlioglu berpeluang meremukkan rekod 11 kemenangan berturut-turut Alvaro Bautista dan Jonathan Rea di pentas WorldSBK di Portimao minggu ini dan pelumba kelahiran Turki itu percaya inilah peluang terbaiknya.
Menyertai ROKiT BMW Motorrad WorldSBK, pasukan yang tidak diletakkan sebagai pencabar tulen sebelum ini pada musim ini, Razgatlioglu tidak memerlukan masa yang lama untuk mengubahnya.
Dan selepas enam pusingan berlangsung, juara dunia WorldSBK 2021 dan bekas pelumba Yamaha itu sudah mengumpul 10 kemenangan berturut-turut dan tiba di Portugal dengan motivasi yang tinggi.
"Saya merasakan giliran saya adalah pada tahun ini," kata Razgatlioglu memetik laporan WorldSBK.
"Saya melihat di akaun Instagram WorldSBK yang berkongsikan mengenai video pertarungan di selekoh terakhir saya pada tahun lalu. Apabila melihatnya, motivasi saya semakin meningkat berbanding.
"Saya gembira untuk kembali ke Portimao kerana saya menggemari litar ini, ia nampaknya litar kegemaran saya."
Berkata mengenai rekod kemenangan berturut-turut yang dipegang Bautista dan Rea ketika ini, Razgatlioglu berkata sasarannya adalah untuk memecahkannya.
"Saya cuba untuk memecahkan rekod kerana Alvaro dan Jonny mempunyainya iaitu 11 (kemenangan), tetapi jika saya menang pada Sabtu, saya juga akan mempunyai 11 tetapi saya memerlukan satu lagi kemenangan.
"Tetapi ini adalah perlumbaan, ini adalah sukan permotoran, segala-galanya boleh berlaku.
"Saya hanya fokus seperti di Most, perlumbaan demi perlumbaan. Dua hari lalu, saya melihat lompatan tinggi yang pernah saya buat sebelum ini.
"Bersama BMW, mungkin kali ini saya akan terbang," kata Razgatlioglu yang ketika ini sudah mengumpil 303 mata dengan pencabar terdekatnya adalah Nicolo Bulega dari Ducati yang memiliki 239 mata.
