KIP Catat Masa Ke-24 Terpantas Ujian WorldSSP Di Australia
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/20/20242 min read
KHAIRUL Idham Pawi, pelumba tunggal negara yang bersaing di Kejuaraan Superbike Dunia dalam kelas WorldSSP dengan lencana Petronas MIE Honda menamatkan ujian rasmi pra-musim WorldSSP 2023 di Phillip Island, Australia dengan catatan ke-24 terpantas.
Diperkenalkan sebagai pelumba Petronas MIE Honda tahun lalu, bekas pelumba Moto3 dan Moto2 negara itu yang menunggang jentera Honda CBR600RR melakukan 1 minit 33.71 saat (s).
Catatan yang dilakukan itu 1.829s lebih perlahan daripada pelumba yang rakam masa terpantas, Yari Montella (1:31.881s) dari Itali yang menunggang Ducati Panigale V2.
Begitupun, Ducati tidak dapat mendominasi sepenuhnya carta terpantas apabila pelumba pasukan MV Agusta, Federico Caricasulo juga dari Itali dan menggunakan MV Agusta F3 800 RR mencatatkan masa kedua terpantas, +0.062s.
Bekas pelumba Moto2, Stefano Manzi yang menunggang jentera Yamaha R6 mencatatkan masa ketiga terpantas, ketinggalan +0.302s di belakang Montella.
Berdasarkan catatan masa, rakan sepasukan Khairul Idham atau lebih dikenali KIP iaitu Kaito Toba nampak lebih bergelut selepas melakukan catatan tercorot, ketinggalan +3.276s di belakang Montella.
Tidak seperti pengeluar lain yang beraksi di WorldSSP, Petronas MIE Honda menjadi satu-satunya pasukan yang membawa lencana Honda di WorldSSP 2024.
Secara keseluruhan, seramai 27 pelumba menyertai sesi ujian WorldSSP di Australia namun berdasarkan maklumat WSBK, seramai 32 pelumba bakal beraksi pada musim ini.
Sebagai info, perlumbaan pembuka tirai WSBK 2024 dijadual pada hujung minggu ini bermula 23 hingga 25 Februari 2024 di Phillip Island, Australia.
Berikut adalah catatan terpantas ujian rasmi pra-musim WorldSSP di Phillip Island, Australia.
1. Yari Montella (ITA) Ducati Panigale V2, 1:31.881s
2. Federico Caricasulo (ITA) MV Agusta F3 800 RR, +0.062s
3. Stefano Manzi (ITA) Yamaha R6, +0.302s
4. Adrian Huertas (SPA) Ducati Panigale V2, +0.409s
5. Valentin Debise (FRA) Yamaha R6, +0.444s
6. Can Oncu (TUR) Kawasaki ZX-6R, +0.453s
7. Lucas Mahias (FRA) Yamaha R6, +0.517s
8. Marcel Schrotter (GER) MV Agusta F3 800 RR, +0.526s
9. Tom Booth-Amos (GBR) Triumph Street Triple RS 765, +0.562s
10 Jorge Navarro (SPA) Triumph Street Triple RS 765, +0.766s
11. Bahattin Sofuoglu (TUR) Triumph Street Triple RS 765, +0.793s
12. Oli Bayliss (AUS) Ducati Panigale V2, +1.003s
13. Niccolo Antonelli (ITA) Ducati Panigale V2, +1.020s
14. Lorenzo Baldassarri (ITA) Ducati Panigale V2, +1.124s
15. Niki Tuuli (FIN) Ducati Panigale V2, +1.252s
16. Glenn Van Straalen (NED) Yamaha R6, +1.363s
17. Tom Toparis (AUS) Yamaha R6, +1.378s
18. Piotr Biesiekirski (POL) Ducati Panigale V2, +1.418s
19. Marcel Brenner (SUI) Kawasaki ZX-6R +1.576s
20. Ondrej Vostatek (CZE) Triumph Street Triple RS 765, +1.650s
21. John McPhee (GBR) Triumph Street Triple RS 765, +1.665s
22. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha R6, +1.771s
23. Yeray Ruiz (SPA) Yamaha R6, +1.808s
24. KHAIRUL IDHAM PAWI (MAL) Honda CBR600RR, +1.829s
25. Hikari Okubo (JAP) Kawasaki ZX-6R, +2.645s
26. Krittapat Keankum (THA) Yamaha R6, +3.188s
27. Kaito Toba (JAP) Honda CBR600RR, +3.276s