KIP Pulang Tangan Kosong Dari Portimao

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/11/20241 min read

PELUMBA negara, Khairul Idham Pawi sekali lagi mengharungi kempen mengecewakan di Pusingan 7 WSBK 2024 di Portimao, Portugal selepas menamatkan Perlumbaan 2 WorldSSP di luar pungutan mata.

Selepas tidak berjaya menamatkan perlumbaan susulan masalah jentera pada Perlumbaan 1, pelumba pasukan Petronas MIE Racing Honda itu tampak lebih yakin pada Perlumbaan 2 namun ia masih belum mencukupi.

Keputusan menamatkan perlumbaan kedudukan ke-19 di Portimao melanjutkan deretan tanpa mata buat pelumba dengan julukan KIP itu kepada 13 perlumbaan berturut-turut.

Sebagai rekod, satu-satunya mata yang diperoleh pelumba kelahiran Perak itu adalah ketika Perlumbaan 1 aksi pembuka tirai WSBK 2024 di Australia, Februari lalu.

Lebih mengecewakan, rakan sepasukannya di Petronas MIE Racing Honda, Kaito Toba turut menamatkan perlumbaan dengan status 'DNF'.

Sementara itu, kemenangan di Portimao sekali lagi menjadi milik pelumba Barni Spark Racing, Yari Montella dari Itali selepas menjuarai Perlumbaan 1.

Ducati dalam pada itu tidak berjaya menguasai podium apabila dua lagi kedudukan podium berjaya diraih pelumba Yamaha menerusi Stafano Manzi daripada pasukan Ten Kate Racing Yamaha.

Dan melengkapkan podium adalah pelumba Perancis, Valentin Debise dari pasukan Evan Bros. WorldSSP Yamaha.

Pusingan 8 WSBK dijadual berlangsung di Perancis pada 6 hingga 8 September depan.