KIP Terlepas Aksi Moto2 Di Sepang, Terbabit Kemalangan Dengan Helmi Azman

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/2/20241 min read

PELUMBA 'wildcard' negara, Khairul Idham Pawi tidak akan beraksi pada perlumbaan Moto2 Grand Prix Malaysia 2024 esok selepas berdepan kemalangan ngeri dengan rakan sepasukannya, Helmi Azman ketika sesi kelayakan, hari ini.

Ketika sesi Kelayakan 1, kedua-dua pelumba berlanggar sesama sendiri.

Dan berikutan kejadian tidak diingini itu, Khairul Idham atau lebih dikenali sebagai KIP mengalami kemalangan teruk membabitkan tangan dan kaki kirinya.

Kejadian dilihat berpunca daripada jentera Helmi yang hilang kawalan sebelum jenteranya dilanggar KIP yang tidak sempat untuk mengelak.

Kedua-dua perlumbaan pantas diberikan bantuan dan dibawa ke pusat perubatan litar untuk rawatan dan pemeriksaan awal.

Ketika ujian awal mendapati Helmi tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya berlaku kepada KIP apabila pelumba kelahiran Perak itu sah mengalami patah di tapak tangan serta di bahagian kaki kini.

Situasi itu sekali gus menyaksikannya terlepas aksi perlumbaan esok menurut pasukannya, PETRONAS MIE Racing RW.