KMI Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX4RR, ZX6R, ZX10RR Edisi 40th Anniversary, Malaysia Ada 'Can'?

TERKINI

10/26/20231 min read

KAWASAKI Motor Indonesia (KMI) membawa masuk tiga model 'Sportbike' yang dihasilkan sempena meraikan ulang tahun ke-40 jenama itu di arena perlumbaan Superbike dunia - Kawasaki Ninja ZX4RR, ZX6R dan ZX10RR.

Lebih menarik, ketiga-tiga model Kawasaki Ninja 40th Aniversary dilancarkan sempena Indonesia Motorcycle Show (IMOS) 2023 dan hampir serentak dengan pelancaran globalnya di Japan Mobility Show 2023 yang sedang berlangsung.

Sebagai info, model edisi Edisi 40th Anniversary mendapat inspirasi daripada model Kawasaki Ninja ZX-7 yang digunakan pasukan Kawasaki di perlumbaan ketika era 1990-an.

Dan kepada yang masih mengingati, liveri istimewa ini juga pernah digunakan oleh pelumba pasukan WSBK Kasawaki, Jonathan Rea pada perlumbaan WorldSBK di Argentina pada tahun 2021.

Sebagai model edisi istimewa, ketiga-tiga Kawasaki Ninja ZX4RR, ZX6R dan ZX10RR dipadankan dengan liveri daripada gabungan tiga warna utama Lime Green, Pearl Crystal White dan Blue.

Selain itu, bahagian 'lengan ayun' dan 'frem' turut dipadankan dengan warna 'silver' bagi menonjolkan kesan sporty.

Seperti model-model istimewa lain, ia turut dipadankan dengan corak grafik istimewa selain diberikan nombor siri selain dihasilkan dalam unit cukup terhad.

Setakat ini, harga ketiga-tiga model berkenaan masih dirahsiakan oleh KMI tetapi berdasarkan maklumat, ia benar-benar 'seram.'

Sebagai info, Kawasaki ZX-4RR Standard di Indonesia dijual pada harga Rp 239.9 juta (RM 72,157), Ninja ZX-6R Rp 359.9 juta (RM 108,250) dan Ninja ZX-10R Rp 554.5 juta (RM 108,250).

Di Malaysia, tiada sebarang petunjuk pihak Kawasaki Malaysia akan membawa masuk model edisi 40th Anniversary ke pasaran tempatan setakat ini dan jika ada perkembangan, kami akan laporkan.