KOLEKSI Jentera MotoGP Milik Buruan FBI Dirampas, Nilai Cecah Ratusan Juta Ringgit!
Antara yang ditemui termasuklah jentera MotoGP ikonik Ducati nombor 46 dipercayai milik Valentino Rossi, jentera Ducati dengan 99 milik juara dunia Jorge Lorenzo, serta motosikal Honda ditunggang Marc Marquez bernombor 93
TERKINI
12/31/20251 min read


ARENA permotoran gempar susulan penemuan koleksi luar biasa jentera berkuasa tinggi, termasuk jentera lumba MotoGP asli, dalam serbuan besar-besaran terhadap aset milik buruan dikehendaki FBI, Ryan James Wedding.
Dalam operasi yang dijalankan pihak berkuasa Mexico dengan kerjasama FBI, RCMP dan LAPD, jentera yang dirampas dianggarkan bernilai AS$ 40 juta (RM 175.4 juta).
Apa yang mengejutkan, koleksi peribadi Wedding itu bukan sekadar motosikal biasa. Antara yang ditemui termasuklah jentera ikonik Ducati nombor 46 dipercayai milik Valentino Rossi, jentera Ducati dengan 99 milik juara dunia Jorge Lorenzo, serta motosikal Honda ditunggang Marc Marquez bernombor 93.
Turut dilihat adalah jentera yang pernah digunakan oleh bekas pelumba Ducati, Andrea Dovizioso.
Menurut laporan, ini menjadikan ia rampasan aset kenderaan paling bernilai dalam sejarah memburu penjenayah kolar putih dan dadah antarabangsa.
Menurut sumber, Wedding yang juga bekas atlet Olimpik Kanada, menggunakan kekayaan hasil aktiviti haram untuk mengumpul jentera-jentera istimewa ini yang sepatutnya berada di muzium.
FBI turut menyifatkan Wedding sebagai individu yang sangat licik dan berbahaya.

