KOVE 800X GT (2025) Rasmi Di Malaysia, RM 49k!

Sebagai model 'Adventure touring', KOVE 800X GT (2025) yang tampil dengan rekaan menarik dan garang dan bukan saja memiliki keupayaan penjelajahan jarak jauh, tetapi mampu mengharungi laluan lasak

PELANCARAN

10/7/20251 min read

PASARAN motosikal kembara tempatan menerima kehadiran pencabar terbaharu menerusi pelancaran KOVE 800X GT (2025), hari ini.

Sebagai model 'Adventure touring', KOVE 800X GT (2025) yang tampil dengan rekaan menarik dan garang dan bukan saja memiliki keupayaan penjelajahan jarak jauh, tetapi mampu mengharungi laluan lasak.

Sebelum pergi lebih jauh, KOVE 800X GT (2025) dijual dalam satu pilihan warna iaitu White dengan gabungan warna merah dan dijual pada harga jualan asas RM 48,888.

Dari sudut trenkuasa, KOVE 800X GT (2025) dijana enjin 799 cc dengan 75 darjah crank, 2 Silinder Sebaris, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan adalah 97 Hp pada 9,000 rpm dan tork 80 Nm pada 7,500 rpm.

Ciri-ciri menarik adalah seperti berikut:

  • Empat mod tunggangan: Sport, Comfort, Rain, Off-Road

  • Sistem pendikit elektronik untuk kawalan responsif

  • Sistem Quickshifter

  • Cakera brek berkembar depan

  • Penyerap fork jenis terbalik (USD) KYB (depan) dan penyerap hentak tunggal belakang

  • Pemanas pada trotel pendikit dan pelana

  • Kapasiti tangki bahan api 22 liter

  • Tinggi pelana 826 mm

  • Lega bumbi 230 mm

  • Berat 195 kg

Sebagai info, KOVE 800X GT diedarkan secara eksklusif oleh MDua Motor Sdn Bhd yang juga anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI), yang juga pengedar tunggal KOVE di Malaysia.