KTM 200 Duke (2024) Terima Pilihan Warna Baharu Di Malaysia, Harga RM 13.4k

TERKINI

1/9/20241 min read

SELEPAS melancarkan antara model ikoniknya, KTM 890 SMT (2024) minggu lalu, KTM Malaysia mengumumkan kemas kini terhadap model 'Naked' aras mulanya, KTM 200 Duke (2024).

Begitupun, kemas kini yang dijalankan hanya membabitkan kosmetik iaitu pilihan warna baharu yang dikatakan lebih menarik.

Pilihan warna baharu yang diperkenalkan adalah Dark Silver Metallic dan ditawarkan bersama-sama dua pilihan warna sedia ada iaitu Electronic Orange dan Black/White.

Justeru, ia sedikit mengecewakan kerana ia bukanlah versi terbaharu KTM 200 Duke yang memiliki perubahan menarik terutama dari sudut rekaan lampu depan seperti di pasaran India.

Dan harga yang dipaparkan KTM Malaysia untuk KTM 200 Duke (2024) ini adalah RM 13,888 (asas) tanpa yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Mengulas trenkuasa, KTM 200 Duke dipadankan dengan enjin bersesaran 200 cc, 4 Lejang, 4 Injap, 1 Silinder, DOHC, Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan transmisi klac manual 6 kelajuan.

Kuasa yang dihasilkan adalah setinggi 26 Hp dan tork 19.5 Nm pada 8,000 rpm.

Seperti model-model KTM lain, antara ciri-ciri menarik KTM 200 Duke (2024) ini adalah penggunaan fork USD dan 'mono' dari jenama WP APEX.

Sistem brek menggunakan cakera tunggal (depan dan belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Informasi lain adalah seperti kapasiti tangki bahan api sebesar 13.4 liter, ketinggian pelana 800 mm, panel meter digital LCD dan berat kering 140 kg.