KTM 990 RC R (2025) Didedahkan, Jentera MotoGP 'Sah' Di Jalanan!

TERKINI

5/8/20241 min read

KTM akhirnya mendedahkan model 'Sportbike' terbaharunya, KTM 990 RC R (2025) yang akan dihasilkan sebagai model 'produksi' dan sah ditunggang di jalan raya awam.

Begitupun sedikit mengecewakan, sekalipun reka bentuknya yang dipertontonkan oleh KTM nampak cukup mirip jentera MotoGP KTM RC16 sudah didedahkan, namun ia masih dipenuhi pelekat penyamaran.

Sebagai info, kali terakhir KTM menghasilkan model 'Sportbike' yang 'halal' ditunggang di jalan raya adalah pada 2010 menerusi KTM RC8 dan beberapa model dihasilkan selepas itu hanya khusus untuk trek.

Antaranya adalah seperti KTM RC 8C (2024) yang ironinya dilancarkan beberapa bulan lalu.

Dan seperti namanya, apa yang boleh diagak adalah KTM 990 RC C (2025) dipadankan dengan enjin LC8c serba baharu yang sama digunakan oleh KTM 990 Duke.

Tetapi sebagai model 'Sportbike berfairing', enjin Parallel-Twin yang digunakan oleh KTM 990 RC R (2025) ini mendapat talaan berbeza dan diketakan menghamburkan kuasa 126 Hp.

Begitupun, tork yang dihasilkan berada pada angka sama dengan KTM 990 Duke iaitu 103 Nm namun pada angka rpm lebih tinggi, 10,500 rpm berbanding 6,750 rpm.

Untuk model yang dihasilkan menggunakan teknologi MotoGP, pelbagai ciri seperti aerodinamik dan komponen yang digunakan adalah fokus kepada prestasi.

Antara penggunaan komponen premium adalah seperti sistem suspensi WP Apex, rim jenis aluminium ringan dan pelbagai lagi kelengkapan yang membolehkannya 'beraksi' di trek lumba.

KTM dalam pada mengesahkan yang tarikh pelancaran KTM 990 TC R (2025) akan dibuat pada tahun ini (dijangka penghujung tahun) dan menariknya, versi prototaip akan turut dibawa 'berentap' di perlumbaan Eropah menerusi tiket 'wildcard.'