KTM MotoGP Dakwa Tiada Tempat Untuk Marc Marquez Musim 2025
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/7/20241 min read


KTM terus menegaskan tiada tempat di pasukan itu di MotoGP sekalipun untuk juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez.
Syarikat pengeluar motosikal gergasi Austria itu ketika ini memiliki empat slot di grid (termasuk GasGas) di MotoGP yang dipacu Brad Binder, Jack Miller, Pedro Acosta dan Augusto Fernandez.
KTM dikaitkan dengan Marquez apabila kedua-duanya ditaja syarikat sama Red Bull dengan pelumba kelahiran Sepanyol itu meninggalkan Repsol Honda untuk menyertai pasukan satelit Gresini Ducati musim ini.
Tetapi berikutan kontrak yang ditandatangani bersama Gresini hanya setahun, timbul spekulasi Marquez mencari haluan baharu musim depan.
"Kami percaya dengan keempat-empat pelumba kami," kata Pengarah Sukan Permotoran KTM, Pit Beirier kepada Motorsport. "Seperti hari ini, kami tidak mempunyai sebarang kekosongan.
Ketika ini, hanya Binder memiliki kontrak jangka panjang dengan KTM namun kontrak Miller, Acosta dan Fernandez akan berakhir pada penghujung musim ini.
"Saya tidak melihat kami berada di posisi di mana kami perlu melakukan segala-galanya dengan hebat," katanya.
"Motivasi terhebat kami adalah untuk mencapai sasaran kami dengan pelumba-pelumba sedia ada. Dengan Pedro dan Augusto, kami memiliki dua pelumba Moto2 yang betul-betul berjaya dan amat muda.
"Jack adalah peluang yang berpengalaman dan Brad adalah pelumba yang mampu menang. Dengan skuad ini kami boleh melakukan serangan penuh.
"Pada tiga pusingan pertama musim ini kami mahu mengesahkan yang kami memiliki pelumba-pelumba yang tepat. Jadi kami tidak perlu terbabit dengan situasi membabitkan pelumba ini. Ia adalah leutamaan kami."
