KTM Paling Laju - Maverick Vinales

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

4/19/20251 min read

SELEPAS mencipta 'kejutan' di Grand Prix Qatar 2025, Maveric Vinales mendedahkan KTM RC16 sebagai jentera paling laju pernah ditunggangnya di MotoGP.

Pelumba pasukan Tech3 KTM itu di Losail bersaing merebut posisi juara sebelum menamatkan perlumbaan GP sebagai naib juara tetapi malangnya, turut berdepan penalti yang menyaksikannya 'jatuh' ke tangga ke-14.

Bekas pelumba Aprilia itu pada tahun lalu menjadi satu-satunya pelumba yang berjaya menghalang dominasi penuh Ducati.

"Ia lebih mudah," kata Vinales. "Ia dua kali lebih laju. Lihat bagaimana ia pergi!"

Vinales menambah dia mampu membrek jauh lebih lewat dengan KTM RC16 tetapi mengakui ia tidak mengambil selekoh dengan baik.

"Jentera KTM amat laju di laluan lurus. Ia menakjubkan. Ini kali pertama saya mempunyai jentera yang pantas," kata Vinales yang pernah berlumba bersama Suzuki, Yamaha dan Aprilia di MotoGP.