'KTM Perlu Perbaiki Sesi Pada Jumaat, Kelayakan'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/6/20251 min read

PELUMBA bintang KTM MotoGP, Pedro Acosta menegaskan pasukannya perlu kompetitif sejak sesi pada Jumaat minggu perlumbaan bagi memberi mereka peluang untuk memberikan cabaran pada hari perlumbaan.

Kesabaran Acosta bersama pengeluar Austria itu akan terus diuji di Grand Prix (GP) Aragon 2025, minggu ini selepas pelumba itu melabel perlumbaan di Silverstone sebagai 'tidak boleh diterima'.

Malah pelumba itu dalam temuramah kepada Crash.net menyatakan dia bukan seorang yang 'penyabar' dan menggesa pasukan itu untuk mencipta kebangkitan dengan pantas.

"Kami tahu di Silverstone bukan terbaik untuk saya atau jentera dan kami berjaya menguruskannya dengan baik," kata Acosta. "Kami akan cuba untuk memperbaiki sesi kelayakan dan pada petang Jumaat, yang juga perkara yang paling memberikan kami kesukaran. Ia adalah perkara paling dramatik ketika ini.

"Saya fikir perlumbaan di Silverstone, sekalipun bukan litar yang mudah untuk saya dan melihat bagaimana ia memberikan kami kesukaran kepada jentera, kami tetap mendapat perlumbaan yang betul.

"(Kelayakan) adalah bencana (di Silverstone). Segala-galanya bermula daripada Jumaat, kerana jika kamu berada di Q2 (kelayakan 2) perkara paling buruk boleh terjadi adalah petak ke-12.

"Ok, ke-12 bukan bagus tetapi kamu tidak berada di petak ke-14, atau 17, 18, 19. Ini perkara yang perlu kami pertingkatkan. Kelajuan ketika perlumbaan tidak lah buruk."

Acosta yang ketika ini menghuni tangga ke-9 kedudukan pelumba berharap KTM dapat membuat peningkatan mendadak ketika ujian post-musim di litar sama pada Isnin.

"Manusia melakukan perkara yang besar dalam tempoh yang singkat," katanya ketika ditanya mengenai ujian itu. "Mereka mempunyai 12 hari untuk mengejutkan saya. Tempoh yang mencukupi."