KYMCO DTX 250 (2025) Lancar Di Malaysia, RM 22.5k!
PELANCARAN
5/8/20251 min read


KYMCO DTX 240 (2025), salah satu skuter yang sudah lama penantiannya dinanti-nantikan di pasaran tempatan akhirnya dilancarkan bersempena acara Malaysia Autoshow 2025, hari ini.
Seperti diketahui, hak pengedaran rasmi jenama KYMCO di pasaran Malaysia diuruskan oleh Emos yang juga anak syarikat Modenas.
Berbalik kepada KYMCO DTX 250 (2025), seperti dijangka, ia boleh dikatakan datang dengan harga jualan yang kompetitif iaitu RM 22,500 (asas).
Angka berkenaan tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Matte Black/Orange dan Dark Green.
Di bahagian trenkuasa, KYMCO DTX 250 (2025) dipadankan dengan enjin 246 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi Automatik CVT.
Kuasa dihasilkan adalah 23 Hp @ 7,500 rpm dan tork 23 Nm @ 6,000 rpm.
Suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan dua penyerap hentak berkembar (belakang) dengan ciri pelarasan pra-beban.
Sistem brek menggunakan cakera tunggal 260 mm (depan) dan cakera tunggal 240 mm (belakang) bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Info lain adalah seperti berikut:
Tangki Bahan Api 13.5 liter
Panel meter digital LCD
Visor angin jenis tinggi
Sistem lampu LED penuh termasuk lampu siang DRL
Sistem Kawalan Cengkaman (Traction Control)
















