KYT Komited Hasilkan Helmet Berkualiti Tinggi Untuk Perlumbaan

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/31/20251 min read

KYT Malaysia sentiasa komited terhadap penghasilan helmet berprestasi tinggi yang memberi penekanan khususnya kepada aspek keselamatan dalam arena perlumbaan.

Sebagai jenama helmet global, syarikat itu berkata perkara itu hanya mampu dicapai menerusi pembabitkan yang aktif dalam arena perlumbaan bagi menghasilkan helmet yang memenuhi piawaian keselamatan yang diiktiraf.

Dan ia bukan hanya membabitkan pelumba-pelumba yang beraksi di pentas antarabangsa, malah kepada pelumba di peringkat akar umbi.

Setakat ini, KYT sudah menaja pelumba-pelumba dalam pelbagai kejohanan antaranya Asia Road Racing Championship (ARRC), PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix, Kejauraan Superbike Malaysia (MSBK), Kejuaraan Superbike Malaysia (WSBK) dan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) serta perlumbaan pencarian bakat, RCB MiniMoto.

Pelumba-pelumba MotoGP yang menggunakan helmet KYT adalah seperti Enea Bastianini, Lorenzo Savadori, Agusto Fernandez dan ramai lagi.

Di Malaysia, antara pelumba negara yang menggunakan helmet KYT adalah seperti Kasma Daniel Kasmayudin, Adam Norrodin, Nazirul Izzat dan ramai lagi.

Sebagai info, KYT yang diasaskan sejak tahun 1980 dan sudah pun berkembang menjadi salah satu pengeluar helmet motosikal terbesar di dunia yang memiliki fasiliti R&D dan reka bentuk di Itali.

Falsafah KYT adalah menyediakan helmet berkualiti tinggi berinspirasikan perlumbaan profesional kepada semua pengguna, daripada peringkat permulaan hingga ke pelumba elit dunia.

Penghasilan helmet KYT menekankan kepada teknologi terkini, ketepatan kejuruteraan, dan kawalan kualiti yang baik serta hasil daripada pengalaman luas dalam menghasilkan helmet untuk pelbagai jenama premium global.

Di Malaysia, KYT Malaysia memainkan peranan penting dalam menyokong pelumba tempatan melalui penyediaan helmet perlumbaan yang selamat dan berkualiti tinggi selain perkhidmatan penyelenggaraan helmet sebelum dan selepas perlumbaan.

KYT dalam pada itu turut menyediakan trak servis bergerak bagi memastikan setiap pelumba mendapat servis terhadap peralatan perlindungan terbaik sepanjang kejuaraan.