LAGI 'Padu' Berbanding Dulu - Fabio Quartararo

Fabio Quartararo yang juga juara dunia 2021 MotoGP menutup musim 2025 tanpa sebarang kemenangan Grand Prix dan sekadar menamatkan kempen di kedudukan kesembilan keseluruhan

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

12/14/20251 min read

PELUMBA Monster Yamaha, Fabio Quartararo situasi sukar yang melanda Yamaha dalam kempen MotoGP ketika ini menjadikannya pelumba yang lebih baik sekarang berbanding sebelum ini.

Juara dunia MotoGP 2021 itu menutup musim 2025 tanpa sebarang kemenangan Grand Prix dan sekadar menamatkan kempen di kedudukan kesembilan keseluruhan.

Di sebelik kesukaran yang dihadapi, pelumba kelahiran Perancis itu percaya prestasinya jauh lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Quartararo, 26, pengalaman melalui tiga musim penuh cabaran bersama jentera Yamaha M1 banyak membentuk kematangannya sebagai pelumba, memetik laporan Crash.net.

Quartararo berkata dia kini lebih memahami cara untuk menangani detik sukar di atas jentera malah turut mendedahkan pada musim-musim sebelum ini, khususnya 2021 dan 2022, sebarang masalah pada jentera sering menjejaskan tunggangannya.

Tetapi kini dia lebih bijak mengurus kelemahan jenteranya dan mampu mengekalkan rentak kompetitif.

"Sudah tentu, saya adalah pelumba yang mahukan kemenangan dan kerana itu, saya fikir, adalah untuk mampu bersaing terhadap banyak perkara,"kata Quartararo memetik laporan Crash.net.

"Saya pelumba yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini."

Ketika ditanya mengenai kemampuannya, Quartararo berkata: "Ya, jelas lebih baik. Kerana saya belajar bagaimana untuk menguruskan tempoh-tempoh yang sukar. Sebelum ini, pada 2021 dan 2022, atau dua tahun sebelum ini, apabila saya berdepan kesukaran atau detik sukar di atas jentera, saya menunggang dengan masalah.

"Kini saya tahu masalah apa yang saya ada dan saya mampu untuk menunggang melebih masalah-masalah itu atau untuk mengetepikannya, jadi saya sentiasa dapat menekan diri saya dan ini saya belajar selama beberapa tahun ini.

"Saya tidak merasa bagus dengan jentera, tetapi saya dapat menekannya dan saya yakin yang saya adalah pelumba yang jauh lebih baik sekarang berbanding dahulu."