LAGU Negaraku Akhirnya Bergema Di Buriram

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

4/27/20252 min read

PELUMBA negara, Kasma Daniel Kasmayudin memastikan lagu Negaraku berkumandang megah di Buriram, Thailand apabila menjuarai Perlumbaan 2 kelas SS600 pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2025, hari ini.

Memulakan perlumbaan di barisan depan di petak ketiga, pelumba pasukan Hong Leong Yamaha Racing itu berjaya mengekalkan kedudukan di kelompok utama sebelum mula memimpin perlumbaan berbaki 10 pusingan.

Dan keputusan itu kekal sehingga penghujung perlumbaan sekali pun pada satu ketika berdepan cabaran sengit pelumba tuan rumah, Anupab Sarmoon dari Yamaha Racing Thailand.

Sarmoon dalam pada itu terpaksa akur bergelar naib juara dengan pelumba Indonesia, Md Adenanta Putra dari Astra Honda Racing melengkapkan kedududukan podium.

"Kemenangan ini adalah hasil doa daripada ibu dan isteri saya," kata Kasma. "Ini adalah kemenangan buat mereka dan pasukan saya. Sudah agak lama sejak kali terakhir saya berada di podium di ARRC. Sekali pun ia kelas SS600, saya masih amat bersyukur.

"Pada perlumbaan, saya fokus untuk mengekalkan rentak konsisten dengan catatan masa sepusingan saya. Tetapi apabila saya tiba di lima pusingan terakhir, cengkaman tayar saya mula menurun dan saya perlu menguruskannya.

"Saya juga tidak sedar yang Anupab semakin menghampiri tetapi syukur saya berjaya menang pada perlumbaan pertama musim 2025 ini. Ia permulaan yang bagus, dan saya tidak sabar untuk menghadapi pusingan berikutnya."

Sementara itu, pelumba tuan rumah Nakarin Atiratphuvapat (Honda Racing Thailand) mencipta sensasi di laman sendiri apabila merangkul kemenangan berganda selepas turut memenangi Perlumbaan 2 kelas elit ASB1000.

Kedudukan 1,2 turut tidak berubah apabila ia turut dimiliki pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi (Idemitsu Honda Racing Malaysia) dan pelumba Jepun, Keito Abe melengkapkan kedudukan podium.

Sementara itu, tiada kedudukan podium diperoleh pelumba negara dalam tiga lagi kelas perlumbaan di AP250, UB150 dan TVS Asia.

Keputusan Perlumbaan 1 Pusingan 1 ARRC 2025 di Thailand (5 terbaik)

ASB1000

  1. Nakarin Atiratphuvapat (Thailand) HONDA RACING THAILAND (20’54:547s)

  2. MD ZAQHWAN ZAIDI (MALAYSIA) IDEMITSU HONDA RACING MALAYSIA (20’55:752s)

  3. Keito Abe (Jepun) SDG HARC-PRO. HONDA PHILIPPINES (20’57:462s)

  4. AZROY HAKEEM ANUAR (MALAYSIA) IDEMITSU HONDA RACING MALAYSIA (20’57:973s)

  5. HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH (MALAYSIA) JDT RACING TEAM (20’58:249s)

SS600

  1. KASMA DANIEL KASMAYUDIN (MALAYSIA) HONG LEONG YAMAHA RACING (20’04:345s)

  2. Anupab Sarmoon (Thailand) YAMAHA THAILAND RACING TEAM (20’05:555s)

  3. Mohammad Adenanta Putra (Indonesia) ASTRA HONDA RACING TEAM (20’08:805s)

  4. MD HELMI AZMAN (MALAYSIA) IDEMITSU HONDA RACING MALAYSIA (20’08:823s)

  5. Wahyu Nugroho (Indonesia) YAMAHA RACING INDONESIA (20’09:123s)

AP250

  1. Fadillah Arbi Aditama (Indonesia) ASTRA HONDA RACING TEAM (18’49:659s)

  2. Krittappat Keankum (Thailand) YAMAHA THAILAND RACING TEAM (18’49:808s)

  3. Cao Viet Nam (Vietnam) HONDA RACING VIETNAM TEAM (18’52:953s)

  4. Mohammad Murobbil Vitoni (Indonesia) YAMAHA LFN HP969 INDONESIA RACING TEAM (18’53:121s)

  5. Galang Hendra Pratama (Indonesia) YAMAHA BAF YAMALUBE AKAI JAYA MBKW2 RACING (18’53:271s)

UB150

  1. Gupita Kresna Wardhana (Indonesia) ZIEAR LFN HP969 MCR RBT 34 (16’29:405s)

  2. Adytya Fauzi (Indonesia) JPNW SND FACTORY RACING (16’29:761s)

  3. Dimas Juli Atmoko (Indonesia) RACETECH SIXTY RACING (16’29:930s)

  4. Husni Zainul Fuadzy (Indonesia) ZIEAR LFN HP969 MCR RBT 34 (16’29:989s)

  5. NAZIRUL IZZAT MD BAHAUDDIN (MALAYSIA) UMA RACING YAMAHA MAJU MOTOR ASIA TEAM (16’29:990s)

TVS Asia

  1. Sarthak Chavan – India (14’56:976s)

  2. Chiranth Vishwanath – India (14’57:106s)

  3. Hiroki Ono – Japan (14’57:216s)

  4. Atih Kanghair – Thailand (14’57:624s)

  5. MD RAMDAN ROSMI – Malaysia (14’58:133s)