LAMBRETTA Malaysia Lancar Lambretta G350 Series II, X300 GT (2025), Harga Mula RM 26.8k!
PELANCARAN
5/17/20251 min read


LAMBRETTA Malaysia melancarkan dua penawaran terbaharunya sempena acara Malaysia Autoshow 2025 (MAS25) menerusi Lambretta X300 GT (2025) dan Lambretta G350 Series II (2025).
Untuk Lambretta X300 GT (2025), model yang tampil penggayaan skuter klasik dengan sentuhan moden ini dijual pada harga RM 26,800 (asas) bersama dua pilihan warna iaitu:
Light Grey
Super Black
Bagi Lambretta G250 Series II (2025), tiga warna diperkenalkan bersama harga RM 29,800.
Rosso-Bianco
Grigio-Bianco
Nero-Bianco
Ciri-ciri dan spesifikasi Lambretta X300 GT (2025) adalah seperti berikut:
Enjin bersesaran 275 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair bersama transmisi automatik CVT.
Kuasa yang dihamburkan adalah 25.1 Hp @ 8,250 rpm dan tork 24.5 Nm pada 6,250 rpm.
Set roda 120/70-12 (depan) dan 130/70-12 (belakang)
Sistem brek cakera tunggal 220 mm (depan), brek cakera 240 mm (belakang).
Tangki bahan api 7.5 liter
Tinggi pelana 790 mm
Visor angin
Sistem lampu LED penuh
Panel meter digital TFT lengkap sambungan telefon pintar
Suspensi fork 'Double Arm-Link' (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang) boleh laras
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
Berat 165 kg
Lambretta G350 Series II (2025) pula tampil dengan rekaan yang menggabungkan reka bentuk klasik dan teknologi moden sekali gus menjadikannya pilihan menarik bagi peminat skuter retro yang mahukan prestasi.
Ciri-ciri dan spesifikasi Lambretta G350 Series IIv (2025) adalah seperti berikut:
Enjin bersesaran 330 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC bersama transmisi automatik CVT
Kuasa yang dihamburkan adalah 26.5 Hp @ 7,500 rpm dan tork 25.3 Nm @ 6.750 rpm
Set roda 120/70-12 (depan), 130/70-12 (belakang)
Sistem brek cakera tunggal 240 mm (depan/belakang)
Kapasiti tangki bahan api 9 liter
Tinggi pelana 790 mm
Visor angin
Sistem lampu LED penuh
Panel meter digital TFT lengkap sambungan telefon pintar
Suspensi fork "Double Arm-Link' (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang) boleh laras
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
Berat 183 kg














