LAMBRETTA Malaysia Sasar Pecah Rekod Asia, Asean Di Sepang, Minggu ini!
Cubaan memecahkan rekod itu akan dilakukan Lambretta Malaysia sempena acara Lambrettista Mega Gathering hujung minggu ini di trek kebanggaan negara, Litar Antarabangsa Sepang
TERKINI
1/6/20261 min read


LAMBRETTA Malaysia sempena acara Lambrettista Mega Gathering hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang akan melakukan satu percubaan rasmi yang akan berkemungkinan besar sebagai rekod Asia dan Asia Tenggara (Asean).
Rekod yang cuba direkodkan itu adalah 'Largest Brand-Organised Scooter Members' Fun Ride.
Dan rekod yang cuba dipacahkan turut membabitkan tunggangan santai berterusan selama 2 jam tanpa henti.
Menurut Lambretta Malaysia, percubaan rasmi itu diharap menghimpunkan 500 ahli komuniti skuter Lambretta di Litar Antarabangsa Sepang, Litar Formula 1 bertaraf dunia terpanjang di Asia Tenggara.
Selain satu percubaan rekod rasmi, menurut Lambretta Malaysia berkata perhimpunan itu akan menjadi simbol kekuatan komuniti pemilik skuter klasik dan moden dari Itali itu.
Secara asasnya, peserta akan berkonvoi mengelilingi litar sepanjang 5.543 kilometer itu dan menikmati pengalaman unik menunggang di trek yang biasanya menjadi gelanggang perlumbaan Formula 1 dan MotoGP.
Acara ini dikatakan turut mendapat sokongan daripada pelbagai kelab motosikal tempatan, pengedar rasmi, serta peminat dua roda yang hadir untuk menyaksikan keunikan perhimpunan mega itu.

