LCR Honda Beri Alex Rins 'Lampu Hijau' Lumba Di Valencia

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/22/20231 min read

ALEX Rins akhirnya diberi 'Lampu hijau' oleh pasukannya, LCR Honda untuk beraksi di perlumbaan penutup tirai MotoGP 2023 di Valencia, Sepanyol, hujung minggu ini.

Rins yang juga bekas pelumba Suzuki MotoGP menghabiskan banyak masa untuk sesi pemulihan atas kecederaan yang dialaminya ketika GP Itali di Mugello pada Mei lalu.

Apa yang menarik, Rins menjadi antara pelumba yang berjaya 'mengacau' Ducati selepas memenangi GP Amerika Syarikat dan satu-satunya pelumba dari Honda yang berjaya menang, musim ini.

Menurut LCR Honda, Rins diberikan kelulusan oleh barisan perubatan untuk beraksi pada perlumbaan terakhirnya bersama pasukan itu.

Ini kerana pada musim depan, Rins akan berhijrah menyertai pasukan Monster Yamaha menggantikan Franco Morbidelli.

Kali terakhir Rins berlumba adalah di GP Indonesia pada 15 Oktober lalu namun kembali tidak cergas untuk GP Australia dan digantinakan dengan Iker Lecuona bagi GP Malaysia dan GP Qatar.

Dan bersama berita baik itu, pelumba kelahiran Sepanyol itu turut dijadual membuat debut bersama Yamaha M1 juga di Valencia pada minggu depan.

Menggantikan tempat Rins di LCR Honda adalah pelumba Pramac Ducati, Johann Zarco.