LCR Honda Kekalkan Nakagami, Pasukan Apa Belum Lengkap Senarai MotoGP 2024?
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/20/20232 min read
SEPERTI dijangka, pelumba Jepun, Takaaki Nakagami mengekalkan tempatnya bersama pasukan satelit Honda, LCR Honda bagi menghadapi kempen MotoGP 2024 dan bergandingan dengan pelumba Perancis, Johann Zarco.
Pernah bergelar antara pencabar kejuaraan Moto2 satu ketika dulu, Nakagami membuat debut di MotoGP bersama LCR pada 2018 dan kekal bersama pasukan kendalian Lucio Cecchinello itu hingga kini.
Persembahan terbaik pelumba berusia 31 tahun itu dalam kempen MotoGP adalah pada musim 2020 di mana dia memperoleh tempat keempat dalam perlumbaan sebanyak dua kali selain satu petak utama.
Keputusan yang diraih menyaksikan Nakagami menamatkan kempen pada musim itu di kedudukan ke-10 keseluruhan dengan pelumba Suzuki, Joan Mir muncul juara.
Pada musim 2021, Nakagami menghuni tangga ke-15 keseluruhan dan musim 2022 (ke-18).
"Saya berbangga untuk mengumumkan yang Nakagami akan bersama kami untuk setahun lagi," kata Lucio Cecchinello. "Dia pelumba yang laju yang boleh mendapatkan keputusan yang bagus, dan bersama-sama HRC, kami percaya sudah tiba masanya untuk dia memberi tekanan kerana dia adalah salah seorang pelumba paling berpengalaman dengan jentera ini.
"Kami akan memberikan yang terbaik untuk berjuang meraih keputusan yang kami sasarkan."
Pengesahan Nakagami untuk kekal bersama LCR turut menyaksikan pelumba pelumba WorldSBK Honda, Iker Lecuona untuk ke MotoGP musim depan tertutup.
Tidak seperti WorldSBK, situasi membabitkan perpindahan pelumba di MotoGP agak tenang dan ketika ini, hanya Gresini Ducati masih belum mengesahkan kedua-dua pelumbanya bagi musim depan selain KTM yang tengah 'pening kepala' untuk mendapatkan tempat bagi 'anak emasnya', Pedro Acosta.
Dan dengan pengesahan Nakagami, jom kita lihat senarai pelumba MotoGP pada musim 2024.
Monster Energy Yamaha MotoGP Team
Fabio Quartararo
Alex Rins
Ducati Lenovo Team
Francesco Bagnaia
Enea Bastianini
Aprilia Racing
Aleix Espargaro
Maverick Vinales
Repsol Honda Team
Marc Marquez
Joan Mir
Red Bull KTM Factory Racing
Jack Miller
Brad Binder
Gresini Racing MotoGP (Ducati)
Alex Marquez
TBC
Prima Pramac Racing (Ducati)
Jorge Martin
Franco Morbidelli
Mooney VR46 Racing Team (Ducati)
Luca Marini
Marco Bezzecchi
RNF MotoGP Team (Aprilia)
Miguel Oliveira
Raul Fernandez
Tech3 GASGAS Factory Racing (KTM)
Pol Espargaro
Augusto Fernandez
LCR Honda Castrol/Idemitsu
Johann Zarco
Takaaki Nakagami
* Kontrak Fabio di Giannantonio bersama Gresini berakhir hujung musim ini dan KTM memerlukan tempat di MotoGP 2024 untuk Pedro Acosta.