LIHAT Bayangan Sendiri Pada Pedro Acosta? Ini Jawapan Marc Marquez

Pada saingan GP Thailand 2026 di Buriram minggu lalu, selain memenangi Perlumbaan Sprint, jaguh KTM Pedro Acosta turut meraih tempat kedua dalam perlumbaan MotoGP ketika Marc Marquez berdepan situasi malang

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/6/20261 min read

PELUMBA bintang Ducati Lenovo, Marc Marquez mengharungi permulaan musim yang agak sukar di GP Thailand terutama selepas penyandang juara dunia MotoGP itu berdepan isu teknikal pada rodanya ketika perlumbaan utama di Buriram.

Tetapi sehari sebelum itu pada Perlumbaan Sprint, Marquez bersaing sengit dengan pelumba yang dilabel ramai sebagai penggantinya, Pedro Acosta sebelum kemenangan menjadi milik pelumba Red Bull KTM itu susulan penalti terhadap Marquez.

Ketika ditemui pada satu majlis membabitkan penajanya di Sepanyol, Marquez diberi soalan adakah dia melihat bayangan dirinya pada Acosta.

Dan jawapan diberikan pelumba kelahiran Sepanyol itu agak menarik iaitu: "Marc Marquez yang menjuarai gelaran 2023 pada tahun pertamanya."

Tidak diketahui sama ia berbentuk sinis atau pujian, Acosta yang sudah memasuki musim ketiganya di MotoGP masih belum meraih kemenangan dalam perlumbaan utama MotoGP.

Apa yang menarik, Acosta ketika ini disebut-sebut bakal menyertai Ducati Lenovo untuk bergandingan bersama Marquez.

Pada saingan di Buriram minggu lalu, selain memenangi Perlumbaan Sprint, Acosta turut meraih tempat kedua dalam perlumbaan MotoGP.

Marquez sebelum itu turut mendedahkan dia belum mencapai tahap kecergasan 100 peratus di Buriram dan kini mempunyai tempoh sekitar 10 hari untuk memperbaiki keadaan fizikalnya menjelang pusingan GP Brazil.