LS2 Lancar 3 Model Helmet 'Full Face' Untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM 422!

LS2 menjelaskan penawaran terbaharu ini bukan sahaja menawarkan variasi harga yang kompetitif, malah memperkukuh reputasinya mereka sebagai jenama yang mengutamakan keselamatan, keselesaan dan gaya untuk penunggang motosikal di Malaysia

PELANCARAN

11/28/20251 min read

JENAMA pengeluar kelengkapan tunggangan motosikal terkemuka, LS2 terus memperkukuh kedudukannya di pasaran Malaysia dengan mengumumkan tiga model baharu helmet dalam segmen 'Full Face' untuk pasaran tempatan.

Apa yang menarik, penawaran terbaharu dalam katelog LS2 ini hadir dengan reka bentuk moden, ciri keselamatan terkini serta harga bermula serendah RM 422.

Dilancarkan ketika lawatan MForce Bike ke China, perincian adalah seperti berikut:

LS2 Rapid III

Harga:

  • Plain - RM 422

  • Design - RM 433

Ciri-ciri:

  • Helmet urban-touring dengan reka bentuk elegan dan aerodinamik.

  • Diperbuat daripada material HPTT yang ringan tetapi tahan lasak.

  • Berat sekitar 1350 g (±50 g).

  • Sesuai untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

  • Mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa ECE 22.06.

LS2 Storm III

Harga:

  • Plain - RM 788

  • Design - RM 799

Ciri-ciri:

  • Direka untuk kegunaan touring-urban, sesuai di jalan bandar dan lebuh raya.

  • Menggunakan material KPA yang menggabungkan ringan dan perlindungan tinggi.

  • Berat sekitar 1600 g (±50 g).

  • Sistem pengudaraan maksimum dengan bukaan udara besar di bahagian atas.

  • Dilengkapi visor anti-calar, sistem Pinlock 70 Max Vision anti-kabus, serta visor matahari boleh laras.

  • Mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa ECE 22.06.

LS2 Challenger II

Harga:

  • Plain - RM 1,488

  • Design - RM 1,499

Ciri-ciri:

  • Helmet touring berprestasi tinggi untuk tunggangan jarak jauh.

  • Dibina menggunakan material HPFC yang ringan tetapi kukuh.

  • Berat sekitar 1500 g (±50 g).

  • Menawarkan penglihatan periferal yang luas serta visor matahari terbina.

  • Dilengkapi sistem Pinlock 120 XLT Max Vision untuk keselamatan tambahan.

  • Mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa ECE 22.06.

Saiz & Pilihan 'Shell'

Ketiga-tiga model hadir dengan pilihan saiz dari 2XS hingga 3XL dan menggunakan tiga jenis 'shell' berbeza:

  1. 2XS - S

  2. M - L

  3. XL - 3XL

Menurut LS2, penawaran terbaharu ini bukan sahaja menawarkan variasi harga yang kompetitif, malah memperkukuh reputasinya mereka sebagai jenama yang mengutamakan keselamatan, keselesaan dan gaya untuk penunggang motosikal di Malaysia.