LS2 Lancar Jaket Menunggang LS2 Breeze Di Malaysia, RM 369!
Sebagai jaket menunggang musim panas, LS2 Breeze menekankan pengudaraan maksimum yang menjadikannya mampu menjadi pilihan terbaik untuk penunggang di iklim panas seperti Malaysia
PELANCARAN
11/21/20251 min read


SYARIKAT pengeluar kelengkapan menunggang motosikal China bertaraf global, LS2 mengumumkan penawarannya terbaharunya di pasaran Malaysia menerusi jaket menunggang yang sesuai dengan cuaca tempatan, LS2 Breeze.
Apa yang menarik, jaket yang mendapat penarafan antarabangsa itu dijual pada harga mengujakan, RM 369.
Sebagai jaket menunggang musim panas, LS2 Breeze menekankan pengudaraan maksimum yang menjadikannya mampu menjadi pilihan terbaik untuk penunggang di iklim panas seperti Malaysia.
Dan jangan terpedaya dengan rekaannya yang ringkas tetapi tetap menarik, ia turut memiliki ciri ergonomik serta lebih penting, padu dari sudut keselamatan dan mendapat penarafan perlindungan CE antarabangsa.
Ciri-Ciri Bertaraf Global LS2 Breeze
Material premium:
Gabungan 600D Oxford polyester dan light air mesh fabric yang tahan lasak tetapi ringan.
Perlindungan CE antarabangsa:
Removable CE shoulder & elbow protector (EN1621-1:2012 Level 1)
Prepared untuk LS2 CE Chest Protector & LS2 851 Level 2 Back Protector – standard perlindungan Eropah
Ergonomik & keselesaan:
Elbow protector boleh laras dalam 2 posisi untuk fit lebih baik
Pelarasan cuff & snap waist untuk kesesuaian badan
Pengudaraan optimum dengan panel mesh besar di bahagian depan & belakang memastikan aliran udara maksimum ketika tunggangan musim panas.
Keselamatan:
Scratch-resistant front zip piping – melindungi tangki motosikal daripada calar
Reflective details untuk visibiliti malam
Reka bentuk praktikal:
Dua poket sisi dengan zip
Ringan & mudah dipakai untuk tunggangan bandar atau jarak dekat
Pilihan saiz global: Lelaki S hingga 5XL, wanita S hingga XL
Pilihan warna: Black, Black/Red, Black/Yellow, Grey/Black/Red
Sebagai info, hak pengedaran produk LS2 di Malaysia adalah di bawah pengurusan MForce Bike.







