LS2 Malaysia Lancar Kasut Menunggang LS2 Torrent, RM 369!

Tampil dengan rekaan menarik dan rugged, LS2 Torrent dihasilkan dengan teknologi tinggi khusus untuk penunggang yang mementingkan keselamatan, keselesaan dan ketahanan dalam pelbagai keadaan cuaca

PELANCARAN

2/3/20261 min read

LS2 Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran aksesori motosikal tempatan dengan pelancaran kasut menunggang terbaharu, LS2 Torrent yang ditawarkan pada harga yang boleh dikatakan cukup menarik, RM 369.

Dihasilkan dengan teknologi tinggi, LS2 Torrent direka khusus untuk penunggang yang mementingkan keselamatan, keselesaan dan ketahanan dalam pelbagai keadaan cuaca.

Dan menariknya, kasut berkenaan bakal berada di pasaran tidak lama lagi melalui semua pengedar sah MForce Bike seluruh negara.

Tiga Pilihan Warna tersedia iaitu:

  • Light Grey

  • Black

  • Green

Selain memiliki rekaan yang menarik, lasak dan garang, LS2 Torrent turut menerima pensijilan EN 13634:2017 dengan tahap perlindungan 1 | 1 | 1 | 1 IPA yang menepati piawaian antarabangsa bagi kasut menunggang motosikal.

Antara kelebihan yang ditawarkan LS2 Torrent termasuk:

  • Pelapik ergonomik yang menyerap peluh untuk keselesaan sepanjang hari.

  • Sistem pelarasan tali 'quick-release' bagi padanan sempurna serta mudah dipakai dan ditanggalkan.

  • Lapisan luar 3D mesh premium yang tahan lelasan dan meningkatkan pengudaraan.

  • Jalur reflektif pada tumit dan sisi untuk keterlihatan lebih baik dalam keadaan cahaya rendah.

  • Pelindung buku lali IPA bersepadu bagi keselamatan tambahan.

  • Bahagian jari kaki dan tumit diperkukuh untuk perlindungan serta ketahanan jangka panjang.

Saiz tersedia adalah dari 39 hingga 47 dan direka untuk lelaki

Tahap kalis air LS2 Torrent adalah 10,000 mm H2O dengan kadar bernafas 6,000 g/m²/24 jam dan sudah menjalani ujian intensif

Menurut LS2 Malaysia, kasut ini bukan sahaja tahan lasak dan kalis air, malah direka untuk memberikan cengkaman serta perlindungan luar biasa di pelbagai jenis rupa bumi.