LS2 Malaysia Perkenalkan 'Glove' LS2 DART II EVO, Kualiti Padu, Harga 'Sedap Dengar'!

Tampil sebagai produk berkualiti tinggi, apa yang menarik terhadap sarung tangan menunggang LS2 DART II EVO adalah harga jualan yang diumumkan iaitu RM 89

TERKINI

2/8/20261 min read

LS2 Malaysia, baru-baru mengumumkan beberapa produk terbaharu mereka untuk pasaran tempatan dan antaranya yang diperkenalkan sarung tangan menunggang LS2 DART II EVO.

Tampil sebagai produk berkualiti tinggi, apa yang menarik adalah harga jualan yang diumumkan iaitu RM 89.

Tampil dengan rekaan minimalis, secara keseluruhan, lima pilihan warna ditawarkan iaitu Black Hi-Vis Yellow, Black Red, Grey Hi-Vis Yellow, Black, serta Blue Hi-Vis Yellow.

Saiz pula bermula dari XS hingga 3XL dan sesuai untuk lelaki dan wanita.

Dari sudut kualiti, LS2 DART II EVO menampilkan gabungan bahan Spandex, kulit sintetik dan neoprene yang memberikan keselesaan serta ketahanan.

Antara ciri keselamatan utama ialah pelindung buih pada jari untuk menyerap impak, pelindung keras TPU (palm slider) bersepadu, serta pengukuhan kulit sintetik dengan fungsi Super-grip pada tapak tangan bagi kawalan lebih tepat.

Selain itu, sarung tangan ini turut dilengkapi fabrik mesh berventilasi tinggi pada celah jari, hujung jari mesra skrin sentuh, dan tab penarik untuk memudahkan pemakaian.