LS2 Tayang 3 Model Helmet, Jaket Baharu, Jangka Tiba Q4 2025!

PELANCARAN

3/22/20251 min read

LS2, syarikat pengeluar helmet dan apparel buat penunggang motosikal dari China yang memfokuskan kepada produk premium dan berkualiti tinggi menayangkan penawaran terbaharunya di pasaran Malaysia.

Berlangsung dalam satu majlis, baru-baru ini, produk terbaharu yang dipamerkan adalah 3 helmet yang diposisikan dalam versi berbeza serta jaket menunggang terbaharu keluaran syarikat itu.

Tiga jenis helmet yang berada dalam kategori berbeza itu adalah Verso II (Open face), Dragon (Full face) dan Advant II (Modular).

Perincian termasuk harga dan pilihan warna/corak adalah seperti berikut:

LS2 Verso II

  • Guna material KPA

  • Penuhi piawaian ECE22.06

  • Berat: 1,500 gram

  • Harga RM 618-RM 629

Dragon

  • Guna material karbon 6K

  • Penuhi piawaian ECE22.06

  • Berat 1,450 gram

  • Harga RM 2,088-RM 2,099

Avant II

  • Guna material KPA

  • Penuhi piawaian ECE22.06 dan P/J

  • Berat 1,750 gram

  • Harga RM 1,488-RM 1,499

Saiz tersedia untuk semua model helmet adalah 2XS sehingga 3XL.

Selain helmet, LS2 Malaysia turut mengumumkan kehadiran jaket menunggang baharu daripada jenama itu dengan nama Bolton Air.

Dihasilkan untuk lelaki dan wanita, jaket menggunakan material ringan mesh lengkap dengan pelindung termasuk di bahu dan siku yang boleh ditanggalkan.

Begitupun sedikit mengecewakan, semua produk yang ditayangkan belum berada di pasaran dengan pihak LS2 Malaysia menjangkakan ia akan mula tiba di cawangan pengedar pada suku ke-4 (Q4) tahun ini.