LS2 Tayang Koleksi Baharu Untuk Pasaran Malaysia, Jangka Tiba Bermula September

Rangkaian produk yang ditayangkan LS2 Global untuk pasaran Malaysia itu termasuklah model-model terbaharu topi keledar, jaket dan seluar menunggang, sarung tangan, kasut menunggang dan beg terpilih

TERKINI

7/29/20261 min read

JENAMA kelengkapan menunggang motosikal terkemuka, LS2 memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya yang bakal memasuki pasaran Malaysia sempena Konvensyen Antarabangsa LS2 Asia & Oceania 2026, baru-baru ini.

Rangkaian produk yang ditayangkan itu termasuklah model-model terbaharu topi keledar, jaket dan seluar menunggang, sarung tangan, kasut menunggang dan beg terpilih dan disahkan bakal memasuki pasaran Malaysia secara berperingkat bermula September ini.

Justeru, harga rasmi bagi setiap model masih belum diumumkan dan akan dilancarkan mengikut jadual.

Untuk topi keledar, 4 model generasi baharu diperkenalkan iaitu Explorer Evo, Explorer Evo Carbon, Ranger dan Valiant III.

Sebagai jenama global, kesemua model ini dibangunkan dengan penekanan tinggi terhadap aspek kualiti, keselamatan, keselesaan dan rekaan yang moden dan menarik sebagai memenuhi keperluan pelbagai kategori penunggang.

Untuk jaket dan seluar menunggang, LS2 menawarkan pilihannya dalam koleksi Breakout selain Phoenix Air Jacket, Tailor Pants serta Gravel Jersey & Pants.

Apa yang menarik, kesemua model ini direka untuk menawarkan keseimbangan antara perlindungan, pengudaraan dan keselesaan sama ada bagi tunggangan harian, perjalanan jarak jauh mahupun aktiviti pengembaraan.

Dalam kategori sarung tangan, LS2 mempertaruhkan 3 model baharu iaitu Dart III, Flow dan Flex.

Untuk perlindungan kaki, 2 pilihan baharu ditawarkan iaitu dari model Lotus dan Assault yang dikatakan direka untuk memberikan perlindungan tambahan tanpa mengorbankan keselesaan.

Selain itu, LS2 turut meningkatkan penawaran dalam siri beg menerusi pengenalan siri Move Ahead dan siri Shield Pro.

Antara model yang diperkenalkan adalag Holdall 40 Liter (L), Duffel 50L dan Roll 30L, Universal Tank Base, 'Tank Bag' berkapasiti 10L hingga 13L, Backpack berkapasiti 23L hingga 40L, Waist Bag 3L serta Phone Holder.