LUCA Marini Cipta Sejarah Raih Petak Utama GP Indonesia 2023, 'Duo' Aprilia Lengkap Baris Depan
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/14/20232 min read
DUCATI menerusi pelumba pasukan satelitnya, Luca Marini (Mooney VR46 Ducati) merangkul petak utama Grand Prix (GP) Indonesia 2023 yang turut melakar sejarah 'pole' pertama kariernya di MotoGP.
Tidak cukup dengan itu, Marini yang baru saja pulih daripada kecederaan yang diperoleh di India turut mencipta rekod terpantas baharu di Litar Mandalika.
Dan keputusan diraih adik legenda MotoGP, Valentino Rossi itu turut meranapkan harapan dua pelumba pasukan 'Factory' Aprilia, Maverick Vinales dan Aleix Espargaro yang terpaksa berpuas hati memulakan perlumbaan di petak kedua dan ketiga.
Sedikit mengejutkan adalah pendahulu kejuaraan dunia MotoGP dari Lenovo Ducati, Francesco Bagnaia yang gagal melayakkan diri ke Kelayakan 2.
Keputusan itu menyaksikan penyandang juara dunia itu yang hanya memiliki kelebihan tiga mata di depan Jorge Martin akan memulakan perlumbaan di petak ke-13.
Begitupun, prestasi yang ditampilkan oleh Martin juga tidak begitu memberangsangkan apabila pelumba Pramac Ducati itu menamatkan sesi kelayakan di tangga ke-6 terpantas.
Seorang lagi pencabar kejuaraan, Marco Bezzecchi yang juga rakan sepasukan Marini akan memulakan perlumbaan di petak ke-9 menuju enam pusingan terakhir MotoGP termasuk di Malaysia.
Apa yang menarik, sejak tujuh perlumbaan sebelum ini, Bagnaia tidak pernah menewaskan Martin dan memberikan sedikit 'kebimbangan' buat pasukan utama Ducati itu.
Sementara itu, pelumba pasukan Jepun terbaik di Mandalika adalah Marc Marquez dari Honda yang akan memulakan perlumbaan di petak ke-8.
Pelumba yang dikabarkan sedang dipancing Honda, Miguel Oliveira yang juga tiba dengan status penyandang juara di Mandalika menamatkan sesi kelayakan di petak ke-12.
Keputusan Penuh Sesi Kelayakan GP Indonesia 2023
1. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), 1 minit 29.978 saat (s)
2. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +0.031s
3. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +0.154s
4. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.538s
5. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +0.720s
6. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23), +0.764s
7. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22), +0.788s
8. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V), +0.886s
9. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +0.930s
10. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +0.992s
11. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +1.083s
12. Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22), +1.215s
13. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23), 1'30.626s
14. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23), 1'30.713s
15. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1'30.729s
16. Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16), 1'31.006s
17. Raul Fernandez (SPA) RNF Aprilia (RS-GP22), 1'31.031s
18. Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16)*, 1'31.034s
19. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), 1'31.143s
20. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), 1'31.192s
21. Alex Rins (SPA) LCR Honda (RC213V), 1'31.458s