LUCA Marini Kembali Beraksi Di Sachsenring, Tapi...

Penampilan semula pelumba Honda HRC Castrol, Luca Marini pada minggu perlumbaan di Grand Prix (GP) Jerman selepas pulih daripada kecederaan yang diperolehnya di Jepun

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/9/20251 min read

PELUMBA Honda HRC Castrol, Luca Marini sah membuat kepulangan daripada kecederaan pada minggu ini di Grand Prix (GP) Jerman.

Adik kepada legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi itu terlepas tiga pusingan - Aragon, Mugello dan Assen susulan kecederaan serius yang dihadapi ketika ujian Suzuka 8 Hours yang berlangsung selepas GP British.

Marini jelas tidak akan cergas sepenuhnya untuk berlumba tetapi sebelum menghadapi saingan di Sachenring, dia sudah mengambil bahagian ketika ujian di Brno, Republik Czech pada minggu lalu.

"Saya amat gembira untuk kembali, untuk kembali menunggang jentera saya semula, melihat seorang orang dalam pasukan dan terus bekerja untuk projek ini," kata Marini menjelang aksi di Sachenring.

"Ujian yang kami harungi di Brno pada minggu lalu bagus, dan saya berupaya untuk memahami keadaan fizikal saya juga.

"Saya tidak berada dalam keadaan sempurna pada minggu ini tetapi cara terbaik untuk terus bertambah baik adalah dengan menunggang.

"Sudah tentu, ia pasti sesuatu yang hebat untuk terus dapat bersaing di mana kami berada, tetapi pada minggu ini, apa yang paling penting ketika kepulangan semula adalah untuk mendapatkan semula rentak untuk menamatkan musim dengan baik."